Isu Baitulmaqdis. Ini AMARAN Hamas Terkini Buat Amerika GENTAR

loading...

Isu Baitulmaqdis. Ini AMARAN Hamas Terkini Buat Amerika GENTAR | Saya Luv Islam – Ketika seluruh dunia diugut Amerika supaya tidak sokong draf aman PBB, Hamas buat amaran terkini buat Amerika gentar. Jom baca dan kongsikan.

TIADA SIAPA BERHAK KE ATAS BAITULMAQDIS

Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) sekali lagi menyuarakan ketegasan bahawa tiada siapa berhak mengambil Baitulmaqdis, termasuk Amerika Syarikat dan Israel laknatullah.

Ketua Biro Politiknya, Ismail Haniyah berkata, mereka akan sedaya upaya mempertahan Baitulmaqdis, yang merupakan milik umat Islam selamanya.

Katanya, Baitulmaqdis adalah bandar kesatuan yang tidak akan terpisah oleh Timur dan Barat.

“Tidak ada istilah “Timur’ dan ‘Barat’. Baitulmaqdis adalah bandar Arab dan Islam yang tidak berbelah bahagi. Ini adalah ibu kota Palestin dan umat Islam yang kekal,” katanya.

Bercakap di Hari Kebangsaan Qatar di bandar Hamad, di Selatan Jalur Gaza, Haniyah berkata, rakyat Palestin dan umat Islam seluruh dunia menentang keputusan AS mengisytihar Baitilmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Selamanya kami tidak akan menerima percubaan untuk memisahkan bandar suci ini.

“Tidak kira apa hasilnya, kami percaya bahawa perjanjian Trump lansung tidak memberi kebaikan kepada masa depan umat Islam di Palestin,” katanya.

HAMAS MAHU MALAYSIA KETUAI ISU BAITULMAQDIS

Ketua Diaspora Hamas Dr Maher Salah, hari ini melahirkan harapan agar Malaysia mengetuai usaha politik menentang keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Beliau berkata Malaysia harus menggunakan pengaruhnya yang dihormati dunia Arab dan Islam untuk mengetuai usaha pelbagai peringkat, menentang keputusan secara terang-terangan mengenai kota suci itu yang ditolak kebanyakan negara dunia termasuk di Eropah, Asia dan Amerika Latin.

“Rakyat kami di tanah Palestin, di dunia Arab dan Islam serta negara lain akan luahkan kemarahan dan penolakan berhubung keputusan ini, selepas solat Jumaat, hari ini.

“Kami menentang keputusan tersebut. Ia tidak mungkin dilaksanakan. Ini adalah ibu negara Palestin, ia akan tetap menjadi kota Palestin, Islam dan Arab dan ia adalah suci bagi umat Islam dan Kristian,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

HAMAS UCAP TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN MALAYSIA

Dalam pertemuan itu, Salah dan Kiandee turut membincangkan pendirian kerajaan Malaysia dan Parlimen yang menolak keputusan Trump, yang menurut Salah adalah jelas dan mewakili semua rakyat di negara ini.

The New York Times melaporkan Trump pada Rabu secara rasmi mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel, iaitu meminda hampir tujuh dekad dasar luar Amerika Syarikat dan menetapkan untuk memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke kota suci berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasar ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO semalam berkata Malaysia menolak sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Ditanya apakah ada kemungkinan untuk Intifada (penentangan rakyat Palestin terhadap Israel) seterusnya, Salah sambil tersenyum berkata: “Kami telah menyaksikan percikan pertama bagi Intifada seterusnya”.

Kiandee berkata beliau berharap keputusan mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel akan dipertimbangkan secara teliti kerana keputusan itu adalah penting, agar tidak menjejaskan proses damai.

HAMAS TURUT MENDAPAT SOKONGAN NEGARA GEORGIA

“Sebagai Anggota Parlimen, kami menyokong langkah kerajaan, pengumuman oleh Perdana Menteri semalam dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Luar yang meminta Presiden Trump untuk mempertimbangkan semula keputusan itu kerana ia akan memberi kesan negatif terhadap proses damai yang sedang berjalan antara Israel dan Palestin,” katanya.

Kemudian, Duta Besar Georgia ke Malaysia Nikoloz Apkhazava, turut membuat kunjungan hormat ke atas Kiandee, juga di Bangunan Parlimen.

Sumber: Ismaweb

The post Isu Baitulmaqdis. Ini AMARAN Hamas Terkini Buat Amerika GENTAR appeared first on SAYALUVISLAM.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close