'Buat benda haram, jangan ajak orang lain buat sama' - Imam Muda Fakhrul tegur golongan taksub Panama Dance

loading...

Panama Dance Challenge semakin menjadi-jadi sehingga merebak ke agensi kerajaan dan ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia dilihat tidak wajar dilakukan, namun ada pula yang menggalakkannya.. Keseronokan menari Panama Dance beramai-ramai, kemudian dirakam dan dimuat naik di media sosial untuk tatapan netizen. Tanpa sedar telah menyebarkan aurat sendiri. 

Selain isu aurat, secara tidak langsung imej sebagai penjawat awam juga tercalar. Seronok menari dan viral di media sosial untuk beberapa hari sahaja, namun persespi negatif netizen terhadap penjawat awam bertahun-tahun lamanya. 

Bukan tidak dibenarkan untuk menari, tetapi biarlah berada di tempat yang tertutup dan sesama jenis dan niatnya untuk bersenam. Bukannya lelaki bercampur dengan perempuan, kemudian menari beramai-ramai dengan niat mahu menunjuk diri itu pandai menari Panama Dance yang akhirnya perbuatan itu memakan diri. 

Seperti yang diulas oleh Imam Muda Fakhrul, menari ini ada banyak hukumnya dan lapangkanlah dada anda untuk menerima teguran ini. Semoga bermanfaat.  

ADA orang mesej saya sambil menunjukkan video orang menari beramai-ramai di hospital dan pejabat-pejabat. Panama Dance katanya. Sambil bertanya hukum. Tepuk dahi juga saya melihatnya. 

Saya kata, menari ini banyak hukum iaitu wajib, harus dan haram.

  1. Wajib kalau suami suruh, seronok dapat, pahala pun dapat.
  2. Harus kalau seorang-seorang atau bersama-sama dengan kawan-kawan sejenis atau sesama mahram. Itupun kalau cara tarian dan tempat yang tidak menimbulkan fitnah. 
  3. Haram kalau menari dengan bukan mahram sama ada berdua atau beramai-ramai.

Orang kata pula, "Haram tang mana pulak ustaz oii!!" 

Oit, tu yang kamu dok lenggok badan, pusing-pusing punggung, lompat terselak kain-kain itu tak jelas ke haramnya? Perlu dalil Quran Hadith ke?

"Alaaahhh! Nak seronok lepas stress sikit pun tak boleh!" 

Apa kata kita seronok sampai masuk syurga. Confirm tak stress di sana. Lagi satu, janganlah buat kapsyen seperti:

"Kami sudah berpanama dance beramai-ramai ni. Korang bila lagi?" 

Kita buat benda haram, jangan ajak orang lain buat bersama. Buat trend itu biarlah trend yang kita dapat pahala, pahala orang lain pun kita dapat sama. 

Islam itu mudah tetapi jangan bermudah-mudah. Sempena Hari Wanita ini, rasa nak berpanama dance saja dengan isteri terchenta! 


ARTIKEL BERKAITAN:

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close