Gambar kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka viral dan undang pelbagai reaksi netizen

loading...

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan negeri Melaka dan sekali gus mengambil alih kuasa pentadbiran di negeri yang bersejarah itu. 

Terdahulu, Ketua Menteri Melaka Adly Zahari pernah mengeluarkan kenyataan di Berita Harian bahawa beliau akan meminta pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mengkaji semula penggunaan tenaga elektrik di kediaman itu.

Beliau berkata demikian selepas meneliti bil elektrik bulanan dan mendapati banyak berlaku pembaziran yang kebanyakannya berpunca dari pendingin hawa. Jika digunakan secara efisyen, ia mampu menjimatkan lebih 50 peratus dari bil elektrik. 

Semalam, ahli politik DAP Melaka Khoo Poay Tiong, melawat kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka yang didiami bekas Ketua Menteri Idris Haron. Beliau juga berkongsi gambar-gambar fasiliti dan bahagian dalaman rumah berkenaan yang dianggap sangat mewah.






















Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close