8 bayi maut dalam kebakaran di hospital

loading...

Lapan bayi maut dalam kebakaran di sebuah hospital di Algeria, lapor Daily Mail. 

Kebakaran itu menyebabkan unit bersalin di hospital di timur Algeria itu musnah dalam kejadian awal pagi hari ini. 

"Kami berjaya menyelamatkan 11 bayi, 107 wanita dan 28 kakitangan selepas kebakaran berlaku pada jam 3.50 pagi di hospital di Oued Souf," kata jurucakap pasukan bomba, Kapten Nassim Bernaoui. 

"Malangnya, lapan bayi tidak dapat diselamatkan kerana luka terbakar dan lemas dalam asap kebakaran," tambahnya lagi. 

Puluhan jentera bomba dikerahkan ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran. Punca kebakaran masih belum diketahui. 

Sementara itu, Perdana Menteri Noureddine Bedoui telah mengarahkan pihak berkuasa menyiasat kejadian itu. 

Difahamkan, kejadian itu merupakan kejadian yang kedua di hospital tersebut dalam tempoh 18 bulan. 

Dalam kejadian Mei 2018, kebakaran yang berlaku telah menyebabkan kerosakan tetapi tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku. 

Sumber: Daily Mail
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close