Perogol akan dikembiri & individu yang merogol kanak-kanak akan dikenakan hukuman mati

loading...


Gabenor di Kaduna, Nigeria telah menandatangani undang-undang menetapkan lelaki yang disabitkan dengan kesalahan merogol akan dikembirikan melalui pembedahan.

Manakala, lelaki yang didapati bersalah kerana merogol kanak-kanak di bawah umur 14 tahun akan dikenakan hukuman mati di bawah undang-undang baharu itu. 

Pelaksanaan undang-undang baharu berkenaan dibuat berikutan kemarahan masyarakat terhadap peningkatan kes rogol baru-baru ini di kala negara sedang menghadapi krisis Covid-19, mendorong gabenor mengisytiharkan darurat. 

Nasir Ahmad el-Rufai berkata, "Hukuman drastik diperlukan bagi membantu melindungan anak-anak daripada jenayah serius". 

Kes rogol di Nigeria dilaporkan meningkat secara mendadak dalam beberapa bulan kebelakangan ini meskipun kerajaan melaksanakan perintah berkurung. 

NGO wanita pula menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pesalah jenayah itu termasuklah hukuman mati. 

Undang-undang sebelum ini menetapkan hukuman penjara 21 tahun bagi kes rogol orang dewasa dan penjara seumur hidup bagi kes rogol kanak-kanak. 

Sementara itu, kes yang membabitkan wanita melakukan jenayah rogol terhadap kanak-kanak bawah usia 14 tahun akan dikembirikan dengan membuang tiub falopionya. 

Sumber: Daily Mail

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close