(Video) 'Deyy! Mau lawan mari!' - Viral video sekumpulan lelaki cetuskan pergaduhan di hadapan Hospital Ipoh

loading...


Tular di media sosial video sekumpulan lelaki menimbulkan kekecohan di hadapan Hospital Ipoh, Perak, mengundang pelbagai reaksi netizen. 


Setakat ini, belum diketahui punca sebenar pergaduhan itu. Namun berdasarkan beberapa video yang dimuat naik, kelihatan seorang lelaki berang dan memarahi seseorang.


Keadaan menjadi semakin keruh apabila beberapa rakannya mula masuk campur dan membuka baju masing-masing mencabar lawan mereka di sebalik kamera. Namun sempat dihalang oleh pengawal keselamatan.


Tidak beberapa lama selepas itu, datang sebuah kereta meluru ke arah salah seorang suspek menyebabkan mereka yang lain bertempiaran lari. Turut kedengaran bunyi kaca pecah akibat dilanggar kereta itu, sebelum beredar dari kawasan tersebut. 


Dalam video seterusnya, kelihatan tiga kereta peronda polis (MPV) tiba di lokasi kejadian.






Laporan lanjut menyusul...


Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close