'Kita ambil sikit subsidi harga ayam, bagi terus kepada rakyat melalui BKM' - Ismail enggan bagi warga asing nikmati faedah subsidi

loading...



Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, pengurangan subsidi harga ayam dilakukan bagi membolehkan kerajaan menyalurkan bantuan kepada rakyat melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) untuk golongan B40. 


Beliau berkata, pemberian subsidi harga ayam pada ketika ini bukan sahaja dinikmati oleh rakyat Malaysia, malah juga dinikmati oleh warga asing. 


"Kalau kita bagi subsidi ayam, bukan rakyat Malaysia saja untung, pekerja asing juga dapat, Rohingya pun beli ayam subsidi. Sebab itu kita bagi duit BKM, kita tak nak bagi warga asing dapat faedah subsidi. 


"Kita ambil sikit (kurangkan subsidi) dan bagi terus pada rakyat (melalui BM), dulu (subsidi) RM1.40, kini RM1.20," katanya. 


29 Jun lalu, kerajaan mengumumkan harga ayam tidak akan diapungkan dan pemberian subsidi diteruskan dengan penetapan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia. 


Kerajaan juga bersetuju menetapkan harga siling runcit telur ayam bagi gred A pada 45 sen/biji, gred B RM43 sen/biji dan gred C 41 sen/biji di Semenanjung Malaysia. 


Penetapan harga siling bagi ayam standard dan telur itu berkuatkuasa mulai 1 Julai. 


Pengurangan subsidi itu dibuat bagi membolehkan kerajaan menggunakan wang yang dijimatkan itu ditambah pada jumlah BKM untuk disalurkan kepada rakyat B40. Ismail juga tidak menolak bahawa jumlah BKM mungkin akan ditambah sekiranya isu kenaikan harga barang terus berlaku. 


Sumber: MalaysiaKini

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close