(Video) 'Berjalan sendirian sebelum panjat & terjun dari tingkat 4' - Wanita maut selepas terjun bunuh diri di Suria KLCC

loading...



Seorang wanita dilaporkan maut selepas terjun dari tingkat empat sebuah pusat beli-belah di ibu kota, malam tadi. 


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya  berkata, kejadian itu berlaku pada jam 9.28 malam dan pihaknya menerima panggilan orang awam yang memaklumkan tentang kejadian itu pada jam 9.45 malam. 


Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan wanita berusia 23 tahun itu berjalan bersendirian di tingkat empat sebelum memanjat penghadang besi untuk terjun. 




Polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu. 




Sementara itu, seorang saksi yang berada di tempat kejadian, Fad Manaf berkata, dia melihat mayat mangsa ditutup oleh pihak pengurusan Suria KLCC menggunakan khemah khas. 


Fad tidak menolak kemungkinan bahawa pihak pengurusan seperti sudah terbiasa menghadapi situasi seperti itu. 


"Aku rasa diorang dah prepare kalau ada apa-apa kes, sebab laju je ada benda ni," ciapnya di Twitter sebelum dipadamkan. 




Di media sosial, netizen menggesa pihak pengurusan pusat beli-belah berkenaan memasang jaring keselamatan bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang. 


Sekiranya anda menghadapi stress, tekanan atau punyai keinginan untuk mencederakan diri atau mengetahui individu yang cenderung ke arah itu, sila hubungi talian tertera di bawah untuk memohon bantuan. 


  • Talian Kasih: 15999
  • The Befrienders: 03-76272929
  • Agape Counselling Centre Malaysia: 03-77855955 atau 03-77810800
  • Life Line Association Malaysia: 03-42657995


Sumber: Twitter Fad Manaf, Free Malaysia Today, MalaysiaKini, Oh My Media

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close