Lelaki bunuh 3 sekeluarga kerana bunyi salakan anjing mengganggu tidurnya

loading...

Tiga maut, manakala seorang lagi cedera parah selepas ditikam oleh jiran yang berang dengan bunyi salakan anjing peliharaan mereka yang didakwa mengganggu tidurnya. 

Dalam kejadian itu, suspek yang dikenali sebagai Wang, 46, mengadu kepada jirannya, Chen, mengenai bunyi salakan anjing peliharaan mereka menyebabkan dia sukar untuk tidur. 

Malangnya Chen tidak mengendahkan aduan Wang, malah tidak mengambil sebarang tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. 

Pada Rabu 10 Oktober kira-kira jam 6.40 petang, anjing itu menyalak lagi. Wang sekali lagi pergi ke rumah Chen untuk mengadu tetapi Chen la angsung tidak mengendahkannya. 

Berang melihat respon Chen, Wang pulang ke rumahnya dan mengambil pisau lalu segera pergi ke rumah Chen. Kebetulan pintu rumah Chen tidak berkuncui lalu Wang masuk dan menikam Chen. Wang juga menikam isteri Chen, anak perempuannya dan juga ibunya. 

Polis tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 7.05 petang dan menahan Wang. 

Chen, isteri dan anak perempuannya maut dalam kejadian itu, namun ibu Chen terselamat dan kini berada dalam keadaan stabil. 

Walau bagaimanapun, tiada berita mengenai sama ada Wang membunuh anjing itu ataupun tidak. 

Sementara itu di media sosial, netizen menyalahkan pemilik anjing itu yang dianggap pentingkan diri. 

"Ramai orang yang bela anjing ini pentingkan diri. Mereka ingat mereka penyayang. Memang bagus nak bela anjing tetapi sebagai pemiliknya, perlulah jalankan tanggungjawab sebagai tuannya," kata netizen. 

"Semua pihak bersalah. Pemilik manjakan sangat anjing dia dan tidak hormat pada jiran yang lain. Dia juga perlu dipersalahkan," kata netizen lain.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close