Tak nak pergi sekolah, budak 8 tahun ugut terjun dari bangunan 33 tingkat

loading...

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun mengugut untuk terjun dari tingkat 33 bangunan kediamannya. 

Insiden itu berlaku di bandar Bijie, Ghuizhou, China pada Ahad 21 Oktober sebelum bermula minggu persekolahan baru. 

Pekerja di kren pembinaan segera menghubungi pihak berkuasa dan melaporkan ternampak seorang murid sekolah rendah yang berdiri tegak di pinggir bangunan sambil meratapi, 

"Saya tidak mahu pergi ke sekolah!" 

Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian menyuraikan kehadiran orang ramai bagi mengelakkan tekanan terhadap kanak-kanak terbabit. 

Ibu bapa, guru dan penyelamat cuba berusaha memujuknya agar tidak meneruskan niatnya dan melangkah ke belakang dari pinggir bangunan itu. 

Rakaman video menunjukkan seorang bomba berjaya mendapatkan kanak-kanak itu dengan  tali sebelum menariknya ke atas dan masuk ke dalam bangunan. 

Difahamkan, kanak-kanak itu gementar dan menangis kerana tidak mahu pergi ke sekolah. 

Kes itu menimbulkan pertanyaan ramai apakah kanak-kanak itu mengalami tekanan melampau ketika berada di sekolah? 

Awal tahun ini, seorang murid perempuan di sebuah sekola hdi Fuzhou, Jiangxi, cuba membunuh diri dengan melompat dari tingkat 15. Tetapi mangsa bernasib baik kerana bomba telah meletakkan kusyen udara di bawah.  

Gadis itu berbuat demikian kerana tertekan tidak dapat menyiapkan kerja sekolah yang telah diberi oleh gurunya. 

Sumber: Asia One
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close