Israel bedil 70 roket ke Gaza, 7 warga Palestin cedera

loading...

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan tenteranya membalas serangan roket yang dilancarkan Hamas dari Palestin semalam yang terkena sebuah rumah di Tel Aviv sehingga mencederakan tujuh warga Israel. 

Tentera Zionis memulakan serangan balas terhadap Hamas di seluruh Semenanjung Gaza. Israel mendakwa, dua serangannya telah mengenai tentera laut Hamas di barat Gaza dan kem latihan besar Hamas di utara Gaza. 


Difahamkan, kedua-dua kawasan itu telah dikosongkan kerana Hamas terlebih dahulu menerima notis serangan Israel dalam tempoh beberapa jam sebelum itu. 

Hamas mendakwa, satu gencatan senjata telah dicapai selepas tentera Israel melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza.

Usaha damai itu ditaja oleh Mesir. Namun Israel tidak mengeluarkan sebarang komen berhubung perkara itu dan serangan masih berlarutan, tetapi kembali reda di sekitar waktu tengah malam. 




Sementara itu, laman Facebook Aman Palestin mendakwa serangan balas Israel yang membedil 70 roket dalam tempoh yang singkat itu ke kawasan ibu pejabat, kawasan awam dan tanah pertanian telah menyebabkan tujuh rakyat Palestin cedera. 






Justeru, Aman Palestin menyeru umat Islam di Malaysia tampil menyalurkan sumbangan ke akaun Aman Palestin Berhad bagi membantu rakyat Palestin yang terjejas. 

Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun Aman Palestin Berhad:
  • Bank Islam: 12029010047880
  • Maybank: 562263010787
  • CIMB: 8600460353

Menyumbang untuk lebih mudah, sila klik link berikut: https://www.billplz.com/jommenyumbang

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close