Penyamun sedang asyik mengumpil tingkap, tak sedar dirinya telah dikepung penduduk

loading...

Seorang penganggur yang mempunyai enam rekod jenayah lampau ditangkap selepas didapati cuba memecah masuk sebuah rumah di Taman Sungai Petai Permai 2, semalam. 

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu disedari oleh seorang penduduk yang kemudian memaklumkan perkara itu dalam dalam group WhatsApp. 

Suspek yang terlalu asyik mengumpil tingkap belakang rumah tidak menyedari dirinya telah dikepung, lalu ditangkap bersama peralatan pecah rumah, sebelum diserahkan kepada polis. 

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan A Asmadi Abdu Aziz mengesahkan suspek berusia 43 tahun itu ditangkap penduduk taman perumahan terbabit.

"Suspek tidak sempat masuk ke dalam rumah mangsa yang ketika kejadian sedang berkursus di Kuala Lumpur. 

"Dipercayai berlaku pergelutan ketika suspek cuba ditahan berdasarkan kecederaan di muka dan belakang suspek," katanya. 

Siasatan awal mendapati, suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan mempunyai empat kes pecah rumah dan dua kes penyalahgunaan dadah. 

Polis turut merampas satu beg berwarna coklat, playar, pemotong dan pemutar skru yang digunakan suspek dalam kejadian itu. 

Suspek direman selama empat hari dan disiasat mengikut Seksyen 457/511 Kanun Keseksaan. 

Sumber: Harian Metro
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close