Pembonceng maut, motosikal rempuh kereta berhenti dilorong kecemasan untuk jawab panggilan telefon

loading...

Foto Ihsan PDRM


Seorang pembonceng motosikal maut akibat merempuh sebuah kenderaan yang berhenti di lorong kecemasan dalam kejadian di Lebuhraya Nusajaya, petang semalam. 


Ketua Polis Daerah Iskandar, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian itu berlaku pada jam 2.45 petang dan mangsa berusia 30 tahun meninggal dunia di lokasi. 


Siasatan awal mendapati, penunggang dan pembonceng motosikal berkenaan dalam perjalanan menghala ke Gelang Patah dari Tanjung Kupang. Sebaik tiba di lokasi, motosikal mereka merempuh belakang sebuah kereta yang sedang berhenti di lorong kecemasan. 


Difahamkan, pemandu kenderaan itu berhenti di lorong kecemasan untuk menjawab panggilan telefon. 


Akibat dari kemalangan itu, penunggang motosikal berusia 20-an mengalami patah tangan kanan dan cedera di bahagian badan. Manakala pemboncengnya parah di bahagian kepala dan meninggal dunia. Manakala, semua penumpang di kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan.  


Mayat mangsa dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


Sumber: Berita Harian

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close