Penunggang Yamaha Y15 maut, motosikal terbabas lalu bergesel dengan besi penghadang jalan di Lebuhraya KL-Karak

loading...

Foto Harian Metro


Seorang penunggang motosikal maut kerana terbabas sebelum bergesel dengan besi penghadang jalan di Kilometer 26 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala ke Bentong, kelmarin. 


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, kejadian itu berlaku pada jam 8.45 pagi dan siasatan awal mendapati, mangsa, Muhammad Ariff Zulhilmi Zulkepli, 29, menunggang motosikal Yamaha Y15 berseorangan ke Bentong dari arah Gombak. 


Sebaik saja tiba di lokasi, motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan lalu terbabas sebelum bergesel dengan besi penghadang jalan di sebelah kiri menyebabkan mangsa terjatuh di atas lorong kiri jalan. 


Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Pihak ambulans dari Hospital Selayang kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. 


Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Selayang untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 017-6645812. 


Sumber: Harian Metro

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close