loading...
PUTRAJAYA - Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun 17 sen dan 19 sen seliter, manakala diesel turun 9 sen seliter berkuatkuasa 12.00 tengah malam ini, lapor Harian Metro.
RON95 turun 17 sen menjadikan harga bermula Khamis 30 Mac 2017 ialah RM2.13 seliter berbanding RM2.30 seliter manakala harga RON97 ialah RM2.41 berbanding RM2.60 sebelum ini.
Harga baru bagi diesel pula ialah RM2.11 berbanding RM2.20 seliter sebelum ini dan diesel Euro 5 pula pada harga RM2.21 seliter berbanding RM2.30 seliter sebelum ini.
Harga baru bahan api ini berkuat kuasa dari 30 Mac 2017 hingga 5 April 2017 selepas kaedah mingguan setiap Rabu dikuatkuasakan kerajaan berbanding secara bulanan sebelum ini dan harga berkenaan berkuat kuasa bermula jam 12.01 tengah malam keesokannya.
0 comments:
Post a Comment