Konflik Ibu Mertua-Menantu Perempuan. Apa Punca & Kesannya Pada Rumah Tangga ???

loading...

Konflik Ibu Mertua-Menantu Perempuan. Apa Punca & Kesannya Pada Rumah Tangga ???| Yang selalu menjadi perbalahan dari zaman dulu2 sampai sekarang selalunya membabitkan IBU MERTUA DAN MENANTU PEREMPUAN. Kenapa gamaknya ? adakah sebab memang perempuan ni sikapnya suka kecoh2 dan cerewet berlainan dgn lelaki yg kebenyakannya cool ? ( iye ke)? Kalau kita dok dgr perang selalunya dikalangan menantu perempuan dan mak mertua.

Kenapa jarang sekali kita dgr mertua cari pasal dgn menantu lelaki ? – sebabnya kalau byk sgt nak cari pasal dgn menantu lelaki alamatnya jadi jandalah anak perempuan masing2 kena tinggal kalau si menantu ni tak tahan dgn kerenah sebelah mertua..tu pasal kalau setakat remeh temeh atau kesilapan menantu lelaki kalau boleh diaorg tak mau bikin ribut.. melainkan kalau dah setan sgt menantu lelaki tu sampai tahap mendera isteri dan kelakuan2 lain mungkinlah kot mereka akan masuk campur menyelamatkan anak perempuan masing2..

Sebab2 Ibu Mertua yg kurang senang dgn kita sbg menantu

-Cerewet
Ibu mertua mmg ada yg cerewet.. nak semuanya bagus dan perfect.. dan diaorg hanya nak tgk sempurna je tanpa ada cacat cela.. dan mesti ikut perintah dia. Tu pasal jgn terperanjat kalau sesetengahnya nak ikut protokol ke apa..cth – kalau dia nak masakan tu guna cili giling, maka dia tetap suruh kita giling cili berkati2 tu smpai tgn pedih.. kalau kita cuba2 nak blender cili tu alamatnya kenalah leteran percuma dari dia tak pasal2.. silap haribulan dia tak makan masakan kita atau kalau makan pun pasti di ikuti dgn komen2 dari dia- lauk tak sedap, tu lah org suruh giling pi blendar sapa suruh ? Selain pada tu , jgn terlihat pd mata dia kot2 kain bersepah sikit.. pun kena leter gak.. jadi kena tahan telinga lah noooooooo

Mulut suka berleter/kaki complaint..

Ada gak mak mertua mcm ni.. suka berleter ada je yg tak kena.. itu salah ini salah..kekadang pasal hiasan rumah pun jadi masalah buat dia.. cth -kalau kita suka hias rumah dgn langsir colour biru pun dia tetap tak puashati dah tu mengutuk,tak lawalah,kita pandai pilih colour lah, tak pandai menghias lah pendek kata ada je yg dia tak puashati nak cakap..kekadang kalau kita sakit pun jadi isu.. adehlah..emosi betul

Ego

Bila kita kahwin dgn anak lelakinya, ada sesetengah ibu mertua menjadi mencanak keegoan dia dgn kita – di sebabkan anak lelaki dia yg sudi kahwin dgn kita,ambik kita jadi isteri dan tanggung hidup kita.. dlm erti kata lain ‘anak dara kau laku pun pasal anak aku tau, kalau tak pasal anak aku, jadi anak dara tua lah gamaknya’ -itu kot pemikiran yg di pantakkan dlm kepala diaorg .. bila dah ego,mula lah mcm2 perangai.. tapi bukan semua ibu mertua mcm ni ye..ada sesetengahnya saja yg berkelakuan mcm ni ..mungkin diaorg ni dah biasa jadi ego dlm segala hal maka terbawak2 lah perangai tu dlm urusan kekeluargaan.. bila dah ego, mulalah tunjuk kuasa veto..

Tunjuk kuasa/membuli..

Bila dah ego,mulalah tunjuk kuasa.. ye lah sbb dia sbg mak berkuasa penuh pd anak lelakinya.. kekadang anak lelaki/suami si perempuan boleh serba salah di buatnya.. mana nak memenuhi kehendak ibu..kalau tak turut berdosa lah hukumnya dan mana nak memenuhi dan menjaga hati isteri yg jugak penting kerana dia adalah amanah Allah.. si mak mertua ni lak mulalah kerah menantu perempuan buat mcm2 benda smpai tahap mendera kat dapur pun ada..jgn lah salah faham .. mmg kita sbg perempuan perlu ke dapur utk siapkan makanan utk keluarga.apatah lagi keluarga mertua.. tapi jgnlah smpai dgn niat mendera yg mcm aku cakap tadi pasal cili giling.. kalau proses nak membuat sesuatu boleh dimudahkan,mengapa perlu nak menyuruh menantu tu buat kerja mengikut jln yg rumit? pasal apa? nak tunjuk kuasa kan ? dah tu ,pandai pulak pilih menantu yg kurang di sukai utk membuat kerja2 tu.. kalau ada 5 menantu perempuan,mengapa sorang saja yg dikerah ke dapur dan yg lain duduk membungkang tgk t.v ramai2 tak tolong sekali ke dapur dah tu cukup masa makanan dah masak terus je makan tanpa rasa bersalah.. isk..isk..

Favouritisme…

Apa nak buat kan.. jodoh dgn anaknya.. pulak tu dikatakan kurang memenuhi kriteria yg di inginkan.. rupa pun kurang..harta pun kurang.. kerja pun kuli.. Jadi agak kurenglah tapi nak buat mcm mana, mati kerat anak lelakinya tetap gak suka dan nak kahwin dgn kita..tapi layanan mak mertua dgn kita mcm dingin je.. ye lah, dia mengimpikan menantu perempuan dia ,vogue ,cantik mcm bidadari tapi dia lak dapat puteri dayang senandung.. atau dia impikan
menantu dia org ternama tapi dapat lak yg biasa2..di tambah pulak menantu perempuan yg lain2 semuanya hebat2 belaka kecuali kita mulalah layanan pun dingin,kasar,berat sebelah,perli memerli..nak menambahkan cerita jadi sedap menantu2 yg lain pun sama naiknya dgn mak mertua bencikan kita

Ada gak kes yg dia dah ada org utk di jodohkan dgn anak lelakinya tapi sebab anak lelakinya tetap nak kita sbg isteri pun jadi punca penyebab dia rasa dingin dgn kita..dia menganggap kita penghalang pada impian dia nak jodohkan anak lelakinya pd org yg dia nak.. dah tu mulalah cari pasal dgn kita bila dah kahwin.. lagi memburuk kan keadaan ,dia pun menghasut anak lelaki menfitnah kita mcm2..tu yg adakalanya jadi cerai berai..

selain dari tu, ‘status’ kita pun menjadi sebab gak dia tak suka.. ye lah,bila anak bujang dia tetiba jatuh hati kat janda anak 3.. status ‘janda’ tu yg dia tak boleh blah.. rasa macam malu sgt anak lelaki bujang dia kahwin janda..Pun sebab dia tak suka.. bila anak lelaki berkeras gak nak kahwin dgn janda, tu yg start konflik.. adehlah.. susah nak cakap dgn pandangan jumud org2 tipikal ni.. kalau anak dara kahwin duda tak jadi pasal tapi kalau janda kahwin anak anak bujang semuanya berkata..

Cemburu

Jgn tak tau.. ada gak yg mcm ni.. boleh pulak cemburu dgn anak lelaki sendiri bila dah kahwin naknya kalau anak lelaki tu mmg anak emak.. adeh.. mulalah semua benda dia nak control.. sebab dia rasakan perhatian si anak dah mula berbelah bagi sejak kahwin..ala2 cemburu lah bila kasih sayang anak ‘dirampas’ oleh isteri /menantu diaorg.. so anak lelaki tu pun jadi terkongkong dan serba salah nak layan kerenah ibu dan isteri.. ada pulak cemburu tahap kritikal smpai nak ikut anak diaorg mana diaorg pergi walaupun anak dia nak outing berdua laki bini.. adehlah..mmg takde privacy.. contoh lain lak bab kelengkapan rumah.. bila dia tgk rumah si anak tu lengkap berperabot dgn kerusi meja cantik ,mulalah dia pun nak gak kelengkapan perabot tu.. mulalah dia pun demand dgn anak dia ‘ ngapa kau tak belikan mak kerusi macam ni? ‘- padahal ada sesetengah kes kelengkapan rumah tu sebenarnya duit menantu dia..tapi mak mertua ni selalu je ingat anak dia yg beli.. dah tu apa lagi, jadi konflik lah.. bila semua benda nak control,tanya,demand,kongkong.. harus ada isteri makan hati dlm diam.

Zuriat

Ini pun boleh jadi hal gak dia jadi dingin.. dah kahwin dgn anak dia bertahun2 katakan smpai 5 tahun tak gak ada rezeki dapat anak..tu yg dia tension .. tak dapat nak menimang cucu.. dah tu salahkan menantu perempuan yg tak subur lah..lagi menyakitkan jiwa bila ramai lak yg bertanya soalan penampar jepun dan penampar maut kat dia pasal cucu ‘aik,anak kau dah kahwin tak beranak2 lagi? atau pun ‘bila agaknya kau nak timang cucu? mandul kot menantu kau’..bikin panas hati je semua soalan2 tu.. lalu mulalah rasa dingin kat menantu yg di katakan gagal memberi dia cucu

Hasutan orang ketiga

Ini bahaya woo.. mak mertua yg pada mulanya baik boleh jadi dingin dgn kita pasal hasutan org ketiga..orang ketiga boleh saja dari kalangan ipar duai kita,sepupu,sedara sebelah lelaki kita.. mungkin sebab diaorg tak sukakan kita yg tak layan permintaan melampau diaorg dah tu mula menghasut mak mertua kita bencikan kita..lama kelamaan mak mertua kita pun termakan dan melatah..lalu kita jadi mangsa

Sebab lain- diri kita sendiri

Bukan semua sebab mak mertua dingin dgn menantu pasal salah mereka semata-mata, kekadang kita sebagai menantu pun ada gak kesengalannya.. tu yg kekadang mak mertua tak kuasa dgn kita.. selalunya terjadi sebabnya:

Diri kita yg tak pandai uruskan rumahtangga

Ada kes perempuan yg dah kahwin tak tau nak uruskan runahtangga..isteri tak tau masak ,mengemas.. apa kes lak kan bila kahwin suami tak pernah rasa air tangan isteri .. nak jadi lagi terbalik kot suami lak lagi pandai dari isteri bab masak..bila mertua tgk keadaan mcm ni mestilah dia tak puashati.. apa pun kalau dulu tak tau masak tapi bila dah kahwin ada usaha nak belajar masak itu ok lagi.. ini bila dah kahwin, dah lah tak reti masak ,pemalas pulak tu dah tu tak nak belajar masak.. macam mana lah gamaknya mertua nak suka kita sbg menantu bila keperluan anak dia tak dijaga ..

Diri kita yg sombong tak tentu pasal

Kekadang bila mertua dah ok, menantu lak buat hal.. naknya kalau dapat menantu ala2 moden,kaya dan educated.. kita ni lak sekadar biasa2 je.. mula lah anak menantu tu sombong dgn mertua.. yg ini umum ye.. tak kira menantu lelaki atau menantu perempuan.. ada kalanya menantu sendiri menghina mertua masing2 miskin dsbg..tu yg ada kes bila balik kampung tapi check in kat hotel.. sebab rumah kat kampung tak selesa lah,byk nyamuk lah..aku tak taulah apa sebab nak check in kat hotel sedangkan dia boleh je tidur kat rumah di kampung.lainlah lah kalau ruang rumah tu dah tak cukup utk tidur mungkin ada 30 org dlm sebuah rumah tu lain ceritalah….ada jugak menantu cari pasal dgn mertua siap suruh anak (cucu) jgn rapat dgn atuk dan nenek nya.. konon atuk dan neneknya ajar anak smpai jadi tak pandai bila bersekolah.. adehlah..ingatlah wahai manusia… jgn menongkat langit.. roda kan berpusing.. satu masa kita pasti jatuh ke bawah..

Reaksi mertua bila tak suka kita ..

-sikap acuh tak acuh

Mereka mula bersikap acuh tak acuh dgn kita, kalau kita cuba nak bermesra alam dgn dia tetap gak tak berkesan.. kita tanya sepatah,jawab pun sepatah dah tu muka pun takde seri.. masa tu kita merasakan ‘ada lebih baik aku bercakap dgn dinding’.. tapi dgn menantu lain bukan main lagi mesra alam flora dia..jadi apakah petanda nya tu ?

suka perli/membanding2/menghina

bila dia kurang senang dgn kita,mulalah dia cari hal nak menyentapkan jantung kita..pulak tu kita menantu yg takde apa dari segi rupa dan harta.. kalau menantu lain pakai kereta mercedes,BMW dan kita cuma kereta buatan malaysia mulalah mulut dia perli memerli.. siaplah membanding ‘ setakat kereta buruk kau ni,campak je kat sungai,cuba kau tgk ipar kau semua pakai kereta apa’…adehlah..tak reti diam mulut tu.. ngapalah nak bercakap menyinggung perasaan

Membuli kita

mulalah suruh itu ini yg mana kita saja menantu yg dikerahkan ,lain2 semua duduk rilek goyang kaki.. bila kita memprotes,mulalah dia buat cerita dongeng kat suami kita yg kita melawan dia, derhaka dsbg

Menghasut anak ..

Bila dia mencari pasal,mulalah hasut anak dia yg kita isteri yg tak baik.. tak guna dan lain2 lagi.. anak mmg pada mulanya cool tapi lama kelamaan termakan dgn kata2 mak dan mulalah jadi konflik rumahtangga

Kesan dari konflik ibu mertua/menantu

– Masalah rumah tangga..

Samada nak percaya atau tak di sebabkan mertua punya perangai boleh menyebabkan rumahtangga jadi huru hara,berantakan..
Si isteri tertekan dgn sikap mertua terhadap diri dia dan si suami pulak tertekan kerana tersepit di antara Ibu dan isteri..bila dah menjadi teruk,keadaan pun jadi tegang dan bermulalah masalah rumahtangga..adehlah..

Perceraian

– Jgn tak percaya, walaupun benda mcm remeh temeh tetapi ianya boleh membawa kepada perceraian.. apabila tiada jln si ibu mertua nak terima isteri dan manakala isteri pulak tak sanggup nak makan hati memanjang melihat suami serba salah dan dia terpaksa mengalah dlm byk hal lalu ianya membawa pd perceraian..

Mertua yg baik

Aku rasa ramai yg mengimpikan ibu mertua yg baik dan memahami.. yg melayan kita mcm anak sendiri.. tapi tak semua dari kita bernasib baik dapat mertua begitu.. yg selalu aku dgr mertua yg dikatakan baik dan sempoi..

– yg bukan jenis menyibuk hal rumahtangga anaknya..
Selalunya diaorg kalau boleh tak nak masuk campur hal rumahtangga anak mereka jika bukan dlm keadaan yg memaksa mereka berbuat demikian.. mereka kalau boleh memberi ruang pd anaknya utk selesaikan sendiri apa2 jugak masalah rumahtangga ..mereka hanya akan bertindak sbg penasihat jika keadaan dah tak terkawal

-yg memberi ruang pada anaknya dan menantu ,tak mengongkong..
Mertua yg baik selalunya tak kan nak menyibuk and mengongkong anak mereka mengikut kehendak mereka..mereka sememangnya amat memahami dan tak sekali2 mengawal kewangan atau apa saja dari pihak si anak atau menantu..pendek kata kalau anak tu berduit ke apa, takdelah sesuka hati nak meminta kalau tak benar2 perlu sebab diaorg pun lagi arif yg anak masing2 perlukan duit sbg tanggung jawab keluarga

-layanan yg adil,tak membezakan..
Mertua yg baik tak kan sekali2 membezakan menantu sesama menantu yg lain.. semua org di layan adil kerana mertua yg baik amat berpegang pada konsep ‘sapa saja jodoh anak aku walau miskin,kaya,cantik,tak cantik,bujang,miskin.anak dara,janda itu semua telah di tentukan Allah.. jadi semua menantu dia sayang dan layan baik.. tak lah sesetengah mertua tu.. yg menantu kaya di sanjung,yg miskin di cerca’

Jaga adab,tidak mencerca..
Apa saja kekurangan dari menantu di terima dgn hati terbuka,, mentua yg baik tak sekali2 mencerca menantu masing2..yg penting mulut tu kena jaga jgn nak berlebih menyakitkan hati dgn sikap kita yg cerewet dan bermulut lepas.. kalau mulut lepas sgt, sapa yg suka dgn kita ?org luar pun tak suka kita.

Tips memenangi hati mertua..

yg ini aku dapat dlm beberapa pembacaan..diantara cara nak memenangi hati mertua:

Ketika berkunjung,bawa buah tangan..

bila berkunjung ke rumah mertua, bawak2 lah buah tangga utk dia.. kalau boleh bawak benda yg dia paling suka..kalau dia suka makan laksa,maka belilah laksa sebungkus utk dia bila berkunjung..ini mungkin akan menambat hati dia..

-jaga adab sopan..-mulut
Dalam apa jugak keadaan,mmg mulut gak yg jadi masalah..kalau kita terbawak2 mulut kita yg lepas dan lahanat ni kat mertua,mcm manalah mertua nak suka kita kalau kita sbg menantu bersikap kurang sopan kat dia main lepas je mulut tu?

ingat pada tarikh lahirnya
Bila sampai pada tarikh penting cth mcm hari jadi, maka ucapkan lah selamat hari lahir pada dia.. dia pasti terharu mendapat ucapan tanda ingatan dari menantu..nak lagi dia rasa gembira,hadiahkan benda2 yg di sukai .. pasti kita di sayangi sbg menantu..

Sabar dan mengalah..
Kata org,manusia ni tak sempurna.. begitu jugak dgn mak mertua.. kalau ada kesilapan kecil yg remeh temeh tu maka eloklah di lupakan saja,sabar dan mengalah.. di suatu hari nanti dia akan tau keluhuran hati kita sbg menantu yg melayan dia dgn baik walau bukan darah daging sendiri..

Itulah saja yg dapat aku bentangkan dlm artikel ni..walaupun mungkin tak seberapa ..ye lah ,tak dapat rasanya aku karang artikel ni dgn lengkap sebabnya aku belum mengalaminya..so mcm mana dgn korang? Mak mertua ok tak..? apa pun byk bersabar dan berdoa jika bermasalah dgn mertua demi mempertahankan rumahtangga kita..Aku doakan yg terbaik saja utk korang.. ok..-Lovelyctjek

The post Konflik Ibu Mertua-Menantu Perempuan. Apa Punca & Kesannya Pada Rumah Tangga ??? appeared first on SIAKAP KELL.

Share on Google Plus

1 comments:

  1. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    ReplyDelete

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close