Doktor Swasta Cerita KISAH SEBENAR Ketika Suspek Bawa Mangsa Ke Klinik !!!

loading...

Doktor Swasta Cerita KISAH SEBENAR Ketika Suspek Bawa Mangsa Ke Klinik !!! | Selama mengenali beliau, doktor ini adalah antara yang paling teliti dalam perawatannya dan amat santun dalam bicaranya. Peralatannya boleh dikatakan antara yang terkehadapan dan cukup lengkap. Tidak mustahil sehingga ke hari ini pelbagai sokongan diberikan kepada klinik terbabit terutamanya yang mengenali hati budi mereka. Justeru, tentulah agak mustahil beliau akan tergamak melindungi sebarang kes jenayah dari pesakitnya yang teraniaya jika beliau tahu itu yang sebenarnya berlaku.

Dalam perbualan tidak rasmi semasa kami bersama-sama menyerahkan BANTUAN HARI RAYA melalui PROJEK PELANGI, doktor ini nyatakan bahawa kecederaan mangsa buli itu bukan seperti yang digambarkan oleh media di mana seolah-olah di seluruh badan mangsa mempunyai ‘kesan berbentuk’ tapak seterika.

Masakan kes buli yang sungguh professional, yang melibatkan hampir satu ‘batch’ pelajar ini meninggalkan jejak buli dengan biratan pukulan dan kesan ‘tapak sterika’? Pembuli ‘terpelajar’ ini tidak sebodoh itu untuk membiarkan doktor ‘tahu’ apa sebenarnya yang berlaku.

Menjadi SOP seorang doktor untuk menyelidik punca (history) kecederaan. Malangnya mangsa dan rakan-rakannya mendakwa ia berlaku disebabkan kemalangan semasa dalam latihan ketenteraan yang melibatkan bahan letupan lima hari sebelum itu.

Bukan itu sahaja, kawan-kawan mangsa memperkenalkan diri sebagai Pegawai Tentera Di Raja Malaysia dari Port Dickson. Mereka menyatakan telah ada rawatan dibuat di premis kesihatan di Port Dicskon. Menilai pada kesan, memang dakwaan itu boleh dipercayai kerana ia kelihatan seperti kesan terkena wap panas dan ada kesan dirawat menggunakan antiseptik. Rupanya itu dikatakan sengaja dilakukan oleh ‘pembuli’ bagi menutupi kesan lebam akibat pukulan ke atas tubuh mangsa sebelumnya.

Semasa doktor arahkan agar kes ini DIRUJUK SEGERA ke hospital menggunakan ambulan, mangsa dan rakannya enggan kerana khuatir akan ada laporan kecuaian yang berlaku di dalam praktis Angkatan Tentera. Katanya ini boleh menyebabkan reputasi ATM tercalar. Sebagai seorang yang menghormati ATM lalu apalagi yang boleh beliau lakukan jika itu kehendak pesakit?

Dengan persetujuan mangsa, mereka meminta doktor untuk membuat rawatan awal berupa ‘dressing’ dan ‘bandage’ sebelum dirujuk ke hospital dengan alasan untuk memudahkan pergerakan ke hospital. Tiada isu untuk rawatan susulan kerana mangsa sudah dirujuk ke hospital!.

MALANGNYA, pembuli ini bukan membawa mangsa ke hospital seperti yang diarahkan, tetapi ‘menyimpan’ mangsa di rumah sebelum datang kali kedua dengan lakonan yang sama untuk mendapatkan rawatan.

Tahukah anda betapa kesalnya doktor ini setelah tahu cerita sebenar? Beliau kesal kerana kecederaan itu sebenarnya mudah dirawat. Tanpa mengira kos yang ditanggung, beliau gunakan kaedah dan bahan rawatan terbaik untuk mangsa. Seorang murobbi RPWP pernah terbakar apabila hose gas pecah dan menerima rawatan yang serupa. Daripada jangkaan tempoh sembuh sekitar 7 hari, beliau sudah boleh bekerja semula selepas 3 hari. Begitu berkesannya kaedah rawatan beliau untuk kes sebegini.

Lebih menarik lagi, atas dasar simpati, doktor ini terima sahaja bayaran seadanya dengan diskaun lebih dari 75% apabila kesemua mereka mengatakan tidak cukup wang. Ini benar-benar “seperti menolong anjing tersepit” jadinya.

Ternyata doktor ini telah ditipu oleh para pembuli. Tidak dinafikan juga kemungkinan adanya elemen paksaan terhadap mangsa oleh para pembulinya. Justeru apa untungnya untuk doktor ini melindungi kes jenayah jika beliau tahu cerita sebenar? Kerana wang? pangkat?

Semasa kami bertemubual, doktor terbabit baru sahaja selesai beri keterangan kepada pihak polis. Beliau telah memberikan segala keterangan sebagai seorang doktor secara beretika, hanya kepada pihak berkuasa sahaja. Bukan menulisnya di dalam Facebook, instagram, twitter atau kepada pihak media.

Salah satu dari sesi temubual pihak polis dilakukan di hadapan para suspek. Sewaktu diberi peluang berbicara dengan suspek utama, doktor itu hanya katakan padanya, “Kau tipu aku ya?” lalu suspek utama terus tunduk dan menangis. Secepat itu pihak polis sudah faham apa yang sebenarnya berlaku. Inilah kebijaksanaan doktor yang tidak mahu ‘cakap banyak’. Kerana itu juga beliau enggan bercakap dengan para wartawan yang bertunggu tangga di depan kliniknya kerana dikhuatiri akan lebih menyulitkan lagi kerja pihak berkuasa.

Itulah hal sebenarnya. Semua itu ialah satu penipuan yang licik sehingga KELENTONG PEMBULI ini tidak meragukan sang doktor sama sekali. Mangsa juga boleh ‘berjalan sendiri’ ketika melangkah masuk ke klinik walaupun dalam keadaan 80% badannya mengalami ‘3rd degree burn’.

Sumber : Warga Prihatin

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‎ICELAND !!!
P.S. 3 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 4 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‎ICELAND !!!
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

The post Doktor Swasta Cerita KISAH SEBENAR Ketika Suspek Bawa Mangsa Ke Klinik !!! appeared first on JOM MELANCONG.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close