Ramai Sanggup Jumpa Nenek Ni Untuk Di Jilat Mata..Siapa Sangka Ini RAHSIANYA !!! | KITA VIRAL – Seorang wanita warga emas, Hava Celebic menjadi popular di sebuah perkampungan di Crnjevo, utara Bosnia selepas dia dikatakan mempunyai keistimewaan menyembuhkan penyakit mata dengan hanya menjilat bola mata pesakit.
TEKNIK PELIK SEMBUHKAN 5000 PESAKIT
Hana atau dikenali Nana Hava, dikatakan telah menyembutkan kira-kira 5,000 orang yang mengalami sakit mata menggunakan teknik pelik itu.
Wanita berusia 80 tahun itu mendakwa, dia merupakan satu-satunya individu di dunia ini yang memiliki keistimewaan tersebut dan mengenakan caj 10 euro (RM47) kepada pesakitnya.
CARA RAWATAN DILAKUKAN
Menerusi rawatannya itu, Nana Hava akan berkumuh terlebih dahulu menggunakan alkohol sebelum menjilat bola mata pesakit untuk membuang serpihan besi, habuk atau kaca yang mengganggu deria penglihatan pesakitnya.
“Saya mempelajari teknik ini daripada seorang wanita yang juga dikenali sebagai Hava.
“Namun saya gagal mewarisi kemahiran ini kepada pewaris saya kerana mereka berasa jijik untuk meletakkan lidah mereka pada mata orang lain.
MAHU POTONG LIDAH BANTU ORANG
“Saya juga mahu lidah saya dipotong apabila mati nanti supaya organ ini dapat membantu orang lain,” katanya.
Lebih menakjubkan, pesakit Nana Hava bukan sahaja dalam kalangan penduduk tempatan tetapi ada yang sanggup datang dari Amerika dan Rusia untuk mendapatkan rawatan unik itu.
“Banyak perubatan moden yang tidak membantu meringankan derita pesakit sedangkan mereka dikenakan kos yang mahal.
“Saya tidak akan mengenakan caj kepada pesakit yang tidak bekerja atau tidak mempunyai wang,” katanya.
Sumber : mStar
The post Ramai Sanggup Jumpa Nenek Ni Untuk Di Jilat Mata..Siapa Sangka Ini RAHSIANYA !!! appeared first on KITA VIRAL.
0 comments:
Post a Comment