'Minyak hitam dah jadi minyak gris gara-gara penyewa jahil' - Hati-hati kalau nak sewakan kereta kepada warga asing

loading...

"Berhati-hati bila sewakan kereta kepada penyewa warga asing bagi tempoh masa yang lama," itulah peringatan dari mereka yang pernah menjadi mangsa di mana kereta milik mereka digunakan sesuka hati tanpa batasan sehingga mengalami banyak kerosakan.

Sudahlah rosak, pemilik kereta terpaksa mengeluarkan kos untuk baiki semua kerosakan yang perlu ditanggung. Penyewa pula enggan bertanggungjawab sepenuhnya. Semoga perkongsian dari Zordaq Motorsports ini memberi peringatan kepada mereka yang terlibat dalam industri sewa kereta. 

PADA tahun ini saja, kami menerima tiga kes di mana kereta yang disewakan kepada warga asing dalam tempoh jangka masa yang lama. 

Kes yang kami terima lebih kurang sama saja, di mana mereka menggunakan kereta kita mengikut sesuka hati mak bapak diorang juga. Minyak enjin punyalah kedekut sampai tak pernah ditukar langsung. Tukar pakai mineral tahan lagi. 

Owner bagi sewa sejak Mac 2017 dengan mileage pada waktu itu 63,000 km (berdasarkan sticker minyak enjin yang lama). Bulan November datang, mileage dah 99,000 km. Minyak hitam dah jadi minyak gris. Baki pun tak sampai seliter minyak enjin. 

Penyewa boleh pula pergi mengadu pada owner kereta, tiba-tiba kereta rasa berat dan nak pulangkan kepada owner sebab kereta dah lost power. Padahal kejahilan penyewa yang menyebabkan kereta menjadi seperti ini. 








Malam tadi kes terbaru di mana ada customer call, cerita ada foreigner sambung bayar kereta dia dan si penyewa ini hantar balik kereta sebab enjin dah bising (bunyi con rod dah kong). Kereta baru saja disewa beberapa bulan dan dia tidak pernah servis. Sudahlah penyewa rosakkan enjin kereta orang dan tak mahu bertanggungjawab sepenuhnya. 

Biasanya foreigner ini bila dapat kereta, pantang ada cuti saja diorang akan round habis satu Semenanjung Malaysia. Nasib baik Sabah dan Sarawak tak ada jambatan dari Semenanjung. Kalau tak, lagi haru. 

Hati-hati bagi sewa dalam tempoh jangka masa lama kepada foreigner. 

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close