Suami Yang Rajin Tiba2 Jadi Malas. Tak Suka Mandi. Lepas Selidik, Puncanya Amat MENGEJUTKAN | Saya Luv Islam – Seorang isteri yang telah hidup bersama dengan suaminya selama 40 tahun telah buat aduan yang suaminya lepas pencen tiba-tiba terus jadi malas. Tak suka mandi. Busuknya ya Allah. Lepas selidik, tak sangka puncanya amat mengejutkan. Kongsikan. Hasil tulisan FB Khairul Hakimin. Ikuti kisahnya.
DIGANGGU DUA BERANAK
Beberapa bulan lepas, saya diganggu oleh dua beranak yang tak habis-habis pm nak jumpa.
Sampai ke tahap saya terpaksa block si ibunya. Kerana mendesak dengan beriya-iya.
Akibat rintihan dan resahan yang pun sama beriya-iya, saya pergilah berjumpa di sebuah restoran yang sentiasa ramai orang. Mereka datang berdua.
Saya panggil kakitangan restoran, pesan minuman. Ibunya macam tegang-tegang sahaja wajahnya. Anaknya macam segan-segan.
“Ok, ceritalah. Saya ada dalam 20 minit sahaja. Lepas ini kena bergegas ke KL”.
Yang ibu mula bercerita.
IBU TAK TAHAN DENGAN AYAH
Katanya perkahwinannya dah sampai tahap dia tak tahan. Suaminya tak suka mandi, tak suka sejuk-sejuk, tak suka begitu tak suka begini.
Saya pun tanya, “dah berapa lama makcik berkahwin?”
“41 tahun.” Jawabnya.
“Takkanlah dah 41 tahun boleh bertahan, sekarang tak boleh.” Saya lawan.
Anaknya duk tambah, “ayah kami tu malas sangat. Mandi pun malas. Masa dulu time kerja, elok ja dia. Sekarang kami semua tak tahan. Baunya busuk sangat. Cucu pun asik nak wek wek. Itu satu hal, tak tahu dia sembahyang macam mana.
Jiran lain elok ja boleh pergi surau, pergi masjid, yelah dah 70 lebih umurnya. Mak pun 69, kuat ja buat kerja hari-hari. Ini kami nasihat dia mesti jawab dan marah-marah.”
Saya pun tanya, “habis tu jumpa saya ni untuk apa ya?”
“Untuk cerita di wall encik, beri pengajaran.” Jawab si ibu.
TERUS KENA CERAMAH “PERCUMA”
“Pengajaran apa? Jika kalian tak suka dia, saya beri idea ini.
1. Hantar dia ke rumah orang tua. Itu hal kalian dengan Tuhan, tak tahulah apa balasan terhadap kalian.
2. Sabar dan kalian dapat syurga.
Ayah saudari ini nampaknya dah berumur, tak larat, mungkin masa muda dah kerja kuat. Dan sampai masa dia memang nak rehat.
Nak paksa-paksa orang tua kena ke sana ke mari, tak boleh. Memang ya geram. Manalah kita tahu dia kesejukan kerana sakit-sakit badan.
Lelaki, lebih lagi seorang ayah, dia rela ja sakit sendiri tanpa susahkan orang.
Ada beri dia option air panas? Di rumah ada water heater? (Dua-dua menggeleng).
Makcik, burukkan suami, sahih makcik masuk neraka walau makcik sebarkan keburukan itu kepada anak-anak makcik.
Bertahan sudah puluhan tahun, namun sebab kecil-kecil, nak marah sampai jumpa orang. Kalau makcik berani, pergi report pejabat agama, kita tengok apa hasil ceramah yang sampai ke muka makcik.”
3-3 diam serentak. Saya memang naik hangin. Muka makcik itu berubah. Saya sambung lagi, saya duk kata takkanlah anak-anak yang dah berjaya ini, makcik terus nak lupa jasa suami sebab dia jadi malas. Mesti ada sesuatu.
Entah-entah esok dia dah tak bernafas dah. Masa itu, rugilah semua orang yang menyayangi dia tanpa sabar yang dulunya bertindak mahu sebar-sebarkan keburukan dia tanpa ada jalan penyelesaian.
Kami berpisah di situ. 3-3 tak minum air yang dipesan. Bangun, bayar dan saya lupakan sahaja dua beranak ini.
Semalam, sedang bermesyuarat dengan orang-orang besar, dapat PM dari anaknya. Aduh, malasnya nak buka.
DAPAT MESEJ DARI ANAK PEREMPUAN IBU HARI TU
“Salam bang,
Mak ayah nak buat umrah sama-sama. Berangkat malam ni. Mak suruh kirim salam dan jangan block dia lagi.
Mak minta maaf dekat abang, saya pun sama. Kalau tak jumpa abang, mesti mak masih tak perasan yang ayah tu sakit urat rupa-rupanya.
Ayah duk rasa semua bermusuh dengan dia sebab semua orang tahu marah ja. Tak tanya pun dia sihat ke dak.
Dah bawa pergi klinik dan bawa berurut, dah pasang air panas semua. Lepas dah banyak sihat, ayah minta nak pergi umrah dengan mak.
Terus kami buat payment dan insya-Allah malam ni berangkat.
Maafkan saya juga bang dan doakan semuanya baik-baik ja.”
Dan saya senyum seorang diri sampai pagi ini. Itulah kawan-kawan, hidup kita ini walau selalu jumpa, sudah bertahun hidup bersama, namun jika ada masalah, tak bersabar dan tak mahu beralah dengan semua itu, kita akan memenangkan kerosakan.
Kita lebih sanggup memilih jalan buruk dari jalan perbaiki. Sedang lorong kasih sayang itu kita sudah lalui berkurun lama, maka ada baiknya kita teruskan bertolak ansur, dan bercinta kembali demi untuk dapat kasih sayang Tuhan.
Akhirnya, di hujung sana hanya ada syurga dan neraka. Kita yang putuskan mahu ke mana.
Fikirlah panjang-panjang. Dan alhamdulillah, syukurnya buat makcik dan pakcik yang ini.
Khairul Hakimin Muhammad,
Kasih sayang itu separuhnya adalah sabar.
Sumber : Saya Luv Islam via FB Khairul Hakimin
The post Suami Yang Rajin Tiba2 Jadi Malas. Tak Suka Mandi. Lepas Selidik, Puncanya Amat MENGEJUTKAN appeared first on SAYALUVISLAM.
0 comments:
Post a Comment