Pukul 1 Pagi. Dua Maut Langgar Plaza Tol Shah Alam Selepas Sambut Ulang Tahun. Al Fatihah. | Saya Luv Islam – Tak lama lepas sambut ulang tahun ke 27, seorang wanita dan rakannya maut langgar plaza tol Shah Alam. Baca selanjutnya. Al Fatihah.
TERBABAS LANGGAR TOL
Seorang wanita dan rakannya maut pada ulang tahun kelahiran ke-27, selepas kereta yang mereka naiki melanggar pembahagi lorong di Plaza Tol Batu Tiga di sini, tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata dalam kejadian jam 12.55 tengah malam itu, Noor Hidayah Mohamed Rezmi, 27, dan rakannya, Fathurezza Khoirul Huda Halimsuyto, 31, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Shah Alam.
“Siasatan awal mendapati, Fathurezza Khoirul Huda dipercayai memandu laju dan gagal mengawal kenderaannya, lalu merempuh pembahagi lorong tol itu.
MAUT DI TEMPAT KEJADIAN
“Kedua-dua mangsa, pemandu dan penumpang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat jam 9.30 pagi ini,” katanya ketika dihubungi.
Baharudin berkata, berdasarkan maklumat pengenalan diri, Fathurezza Khoirul Huda, seorang mekanik beralamat di Padang Jawa, Shah Alam, manakala Noor Hidayah pula beralamat di Seksyen 24, Shah Alam.
“Polis sudah menghubungi dan memaklumkan kepada waris kedua-dua mangsa,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Syed Shahril Anuar Syed Sulaiman, berkata operasi mengeluarkan mayat mangsa diketuai beliau bersama 12 pegawai dan anggota.
Katanya, pasukannya mengambil masa kira-kira tujuh minit untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit.
“Akibat rempuhan itu juga, bahagian enjin kenderaan terbabit remuk,” katanya.
Syed Shahril Anuar berkata, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah sebelum diserahkan kepada polis.
KEJADIAN MAUT YANG LALU PULA…
Kemalangan maut terbabit adalah kejadian kedua yang membabitkan kematian selepas Plaza Tol Batu Tiga ditutup secara rasmi pada 1 Januari lalu.
Pada 15 Januari lalu, dua maut dan seorang cedera dalam kemalangan juga pada awal pagi Isnin. Ketiga-tiga mangsa menaiki sebuah Perodua Kancil dari arah Kuala Lumpur menghala ke Klang.
Kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun itu dipercayai gagal dikawal lalu melanggar plaza tol berkenaan.
Sumber: Saya Luv Islam via Berita Harian
ANDA MUNGKIN BERMINAT DENGAN BERITA FATTAH AMIN TERKINI NI.
Ramai orang tahu, aktor kacak, Fattah Amin dan isterinya, Nur Fazura tidak kekok mempamerkan kemesraan baik di khalayak ramai mahupun melalui perkongsian pada laman sosial.
Lumrah manusia, dalam memuji, tidak kurang juga yang mengecam setiap kali pasangan sama cantik dan sama padan ini menunjukkan sisi romantik mereka.
Bertanya Fattah mengenai perkara itu, aktor tinggi lampai ini mengaku terkilan dengan mentaliti segelintir pihak yang cenderung meninggalkan komen negatif hanya disebabkan meluat melihat kemesraan dirinya dan Fazura.
“Saya tidak faham dengan sesetengah pihak yang menghina dan mengutuk tapi masih mahu melihat gambar atau video kami. Mudah saja sebenarnya, jika tidak suka, mengapa membazirkan masa untuk tengok?
“Seperti yang sering saya tegaskan sebelum ini, berdoalah dan cakap saja yang baik-baik.
“Atau lebih baik berdiam diri daripada terus meninggalkan komen yang mampu mengguris hati mana-mana pihak,” katanya kepada BH Online.
Tidak cukup itu, Fattah turut menjadi mangsa persepsi negatif yang mendakwa kariernya semakin ‘suram’ selepas mendirikan rumah tangga.
“Ini saya tidak dapat komen… Bagi saya, semua ini terletak pada ketentuan Allah.
“Rezeki terbahagi kepada pelbagai cara, mungkin ia diberi dalam cabang berbeza,” katanya.
Dalam perkembangan terkini, sebagai persediaan masa depan, Fattah mengusahakan produk makanan gantian, MRP Diet By Fattah Amin yang mula dipasarkan sejak enam bulan lalu.
Fattah berkata, masalah obesiti dan kurangnya keprihatinan masyarakat terhadap soal kesihatan, mendorong dirinya mengusahakan produk terbabit selain mahu mengajak peminat mengamalkan gaya hidup sihat.
“Saya berniaga bukan kerana mahu memperlahankan kegiatan seni. Kalau boleh, biarlah kedua-dua bidang ini seimbang,” katanya.
Sumber: Berita Harian
The post Pukul 1 Pagi. Dua Maut Langgar Plaza Tol Shah Alam Selepas Sambut Ulang Tahun. Al Fatihah. appeared first on SAYALUVISLAM.
0 comments:
Post a Comment