Dera anak teman wanita sampai hilang nyawa, tertuduh bakal berdepan hukuman mati

loading...

Lelaki yang didakwa atas tuduhan membunuh seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang juga merupakan anak kepada teman wanitanya bulan lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar, Khamis lalu, lapor Berita Harian

Tertuduh, Noraizuwan Hamali, 26, didakwa menyebabkan kematian Muhammad Rayyan, 6, antara jam 3.45 petang 18 April hingga 12.10 tengah malam 19 April di sebuah rumah di Kampung Jejawi. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati. 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Nordin Ismail, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Tertuduh sebelum itu tidak memahami pertuduhan yang dibacakan sebanyak dua kali oleh jurubahasa mahkamah menyebabkan Majistret Norhayati Ibrahim mengambil alih dan membaca sendiri pertuduhan berkenaan. 

Noraizuwan kemudian memohon kepada Majistret supaya dipenjarakan secara berasingan selepas didakwa dipukul. Bagaimanapun Norhayati berkata, perkara itu adalah di atas budi bicara pihak penjara dan tertuduh boleh membuat laporan sekiranya dipukul. 

"Depa kata saya gila, jadi macam mana tu?" kata tertuduh namun tidak dilayan oleh Majistret. 

Mahkamah kemudian menetapkan kes itu disebut semula pada 4 Jun ini. 




Terdahulu, Rayyan dilaporkan meninggal dunia akibat didera teman lelaki ibunya sehingga mengalami patah tulang rusuk dan pecah usus. 

Susulan kejadian itu, ibu mangsa berusia 31 tahun dan teman lelakinya ditahan polis selepas kedua-duanya menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar. 

Ibu mangsa dibebaskan dengan jaminan polis. 

BERITA BERKAITAN:
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close