Seminggu Razan Maut. Ini Dia Dalang SEBENAR. Al Fatihah.

loading...

Semoga Allah Masukkan Arwah Razan Ke Dalam Syurga. Amin.

Seminggu Razan Maut. Ini Dia Dalang SEBENAR | Minggu lepas kita dikejutkan dengan syahidnya seorang sukarelawan di Palestin, Razan Ashraf. Lepas buat siasatan, ini dalam sebenarnya.

Dunia sekali lagi dikejutkan dengan siri kekejaman rejim Zionis apabila berita pembunuhan Razan Ashraf Najjar tersebar. Beliau terbunuh akibat ditembak di dada oleh sniper rejim Zionis Israel ketika memberikan bantuan perubatan di perkampungan Khuza’a.

SUKARELAWAN MYCARE DIBUNUH ZIONIS ISRAEL!

AllahuAkbar! Pilu hati kami mendapat berita dari pegawai kami di Gaza.

Razan Ashraf Najjar @razan.asnajar رزان النجار yang berumur 21 tahun terbunuh akibat ditembak di dada oleh sniper rejim Zionis Israel ketika memberikan bantuan perubatan di perkampungan Khuza’a.

Razan pernah berkata, “Boleh sahaja jika saya hanya bekerja di hospital. Tetapi saya lebih suka untuk berada di barisan hadapan bersama-sama para sahabat saya di lapangan.”

“Setiap hari akan ada yang gugur syahid di Gaza dan mereka itu lebih mulia dari saya. Saya mengharapkan saya juga syahid seperti mereka.”

Tanggal 1 Jun, Allah memakbulkan doanya. Beliau gugur sebagai seorang paramedik, seorang hero yang menyelamatkan nyawa orang lain dan seorang pejuang yang ingin membebaskan tanah air tercinta.

Razan menjadi sukarelawan kami sejak Ramadan tahun lepas.

Ibu Razan memeluk baju jururawat milik Razan yang dipenuhi dengan darah anaknya.

Tahun ini Razan bercadang untuk meneruskan kerja-kerja sukarelawan beliau tetapi Allah lebih menyayangi Razan.

Kami kehilangan 2 orang sahabat dalam masa terdekat ini. Imam Fadi al-Batsh dan Razan Najjar.

Semoga kedua-duanya dikurniakan syahid.

Semoga pemergian Razan menjadi motivasi kepada sahabat-sahabat kami di Palestin untuk terus berjuang.

Kami di sini akan terus menyalurkan bantuan kepada sahabat-sahabat di Palestin.

Tonton dan SHARE temuramah bersama Razan Najjar Ketika Dia Masih Hidup.

Semangat kesukarelawanan dan kemanusiaan yang tinggi pada diri beliau ini perlu kita contohi.

Seorang gugur akan lahir 10 orang Razan.

Kita di Malaysia pun boleh mengambil pengajaran dan inspirasi dari perjalanan hidup Razan.

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

Kami merayu kepada rakyat Malaysia untuk membantu perjuangan ini dengan menyumbang Penajaan Makanan (Sahur, Iftar dan Pek Makanan) dan Hadiah Raya yang akan diagihkan kepada lebih 100,000 penerima manfaat ditempat-tempat berikut:

✔ Gaza
✔ Masjid Al-Aqsa (Baitul Makdis)
✔ Tebing Barat
✔ Syria
✔ Lubnan
✔ Yaman
✔ Cox’s Bazar
✔ Malaysia

Salurkan sumbangan anda atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’

Secara ONLINE > www.billplz.com/myramadan

Maybank Islamic : 5642-5856-0698
Bank Islam : 1209-20100-34904
CIMB Islamic: 8602 135 592
JomPAY Biller Code: 6197

Maklumkan melalui email ke myramadan@mycare.org.my bersama salinan slip atau Whatsapp/Telegram ke 018-9089282

“Rasulullah S.A.W adalah seorang yang paling dermawan, dan beliau menjadi lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan.”
– HR Bukhari dan Muslim

Sebarkan supaya lebih banyak perut yang terisi!

Jangan lupa doakan kesejahteraan buat as-Syahid Imam Fadi al-Batsh dan Razan Najjar.

Sumber: FB Aqsa Syarif via Salam

The post Seminggu Razan Maut. Ini Dia Dalang SEBENAR. Al Fatihah. appeared first on SAYALUVISLAM.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close