(Video) Bapa panjat keluar tingkap tingkat 7 untuk selamatkan anak terperangkap di luar kerana menyangka rumahnya dimasuki perompak

loading...

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun terperangkap di jeriji penghawa dingin di luar rumahnya di tingkat tujuh sebelum diselamatkan oleh bapanya, lapor Daily Mail.

Dalam kejadian di jam 1 petang, Rabu lalu di bandar Foshan, Guangdong, selatan timur China itu, kanak-kanak berkenaan ditinggalkan seorang diri di rumah sementara ibunya, Huang, keluar menghantar anak perempuannya ke sekolah. 




Kanak-kanak itu terbangun dari tidur dan mendakwa terdengar bunyi bising di ruang tamu, menyangka rumahnya dipecah masuk menyebabkan dia berasa takut lalu segera memanjat keluar dari tingkap serta berpaut pada jeriji penghawa dingin di tingkat enam. 

Apabila Huang pulang ke rumah mendapati anaknya tiada di bilik. Huang hampir pengsan apabila melihat anaknya berada di jeriji penghawa dingin itu, terus segera menghubungi berkuasa untuk meminta bantuan, selain menghubungi suaminya di tempat kerja yang sampai di rumah 10 minit kemudian. 




Bimbang dengan keselamatan kanak-kanak itu, si bapa mengambil keputusan untuk memanjat keluar untuk mendapatkan anaknya, biarpun tidak memakai sebarang peralatan keselamatan. 

Dengan perlahan-lahan, lelaki itu berpaut pada jeriji dan cuba mendapatkan anaknya di tingkat enam. 

Pihak bomba kemudian tiba di lokasi kejadian terus menjalankan usaha menyelamat kanak-kanak itu, sebelum membantu bapanya masuk semula ke dalam rumah. 


Meskipun tindakan berani si bapa dipuji ramai pihak, namun bomba menasihatkan orang ramai tidak mengambil tindakan sendiri yang membahayakan nyawa dan tidak memanjat di tempat tinggi seperti itu tanpa sebarang peralatan yang bersesuaian. 

Polis juga menyiasat dakwaan kanak-kanak itu, malangnya tidak menemui sebarang tanda atau bukti rumah keluarga itu diceroboh masuk. 
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close