(Video) Ibu buang bayi baru lahir dalam mangkuk tandas kerana malu hamil anak luar nikah

loading...

Seorang bayi telah ditemui dalam mangkuk tandas di sebuah hospital di China, dipercayai dibuang oleh ibunya sebaik saja dilahirkan. 

Difahamkan, tangisan bayi malang itu didengari oleh seorang saksi di sebuah tandas dan segera memaklumkan perkara itu kepada jururawat yang bertugas sebelum berusaha menyelamatkan anak kecil itu. 

Wanita terbabit juga dilaporkan cuba meninggalkan kawasan hospital setelah berbuat demikian, tetapi dihalang oleh saksi dan jururawat yang berada di tempat kejadian. 

Menurut laporan, wanita itu berbuat demikian kerana hamil anak luar nikah dan tidak mahu memaklumkan kandungan itu kepada keluarganya. 


Berdasarkan rakaman video di dalam tandas di Hospital TIanjin Third Central itu menunjukkan seorang jururawat sedang menarik keluar mangsa yang belum didedahkan jantinanya itu dari mangkuk tandas. Turut ditemui di tempat kejadian, uri bayi berkenaan. 

Bayi itu kemudian dibalut dengan tuala dan dibersihkan oleh ketua jururawat. 

Identiti wanita itu juga tidak didedahkan dan polis sedang menyiasat kejadian itu.



Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close