'Ya Allah, apakah salah anak saya jadi macam ni?' - Bapa kesal kaki anaknya jadi hitam selepas diambil darah

loading...

"Ya Allah, apakah salah anak saya jadi macam ini Ya Allah. Dari Hospital Mukah, dia sempurna semuanya, normal saja. Apabila sampai di Hospital Sibu, ini akibatnya. Apa dosa anak saya dibuat begitu?" demikian luahan ketidakpuasan hati seorang bapa berhubung kejadian yang menimpa bayinya yang baru 19 hari. 

Menurut Safuan, pada awal kelahiran anaknya, segalanya sempurna dan bayinya tidak mengalami sebarang masalah sehinggalah darah anaknya diambil pada 18 September lalu, di mana beliau mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena berlaku. 

"Saya berasa tidak berpuas hati kerana sejak lahirnya anak saya pada 15 September 2018, semuanya sempurna. Kenapa bila sampai Hospital Sibu menjadi sebegitu teruk? 

"18 September 2018, mulanya kaki anak saya diambil darah. Mula-mula cakap darah anak dijangkiti kuman, perlu dihantar ke Hospital Sibu. Selepas dihantar ke Hospital Sibu, keadaannya menjadi sebegini teruk," tulisnya di Facebook. 



Kesal dengan apa yang berlaku, Safuan menegaskan beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya kaki anaknya terpaksa dibedah atau dipotong. Malah, beliau mahu pihak berkenaan bertanggungjawab sepenuhnya.

"Jikalau kaki anak saya dipotong atau dibedah, saya sebagai bapa kepada anak tersebut ingin meminta sesiapa yang menguruskan anak saya bila tiba di Hospital Sibu sampailah sekarang untuk bertanggungjawab atas kejadian ini. 

"Jikalau sesiapa yang menguruskan anak saya tidak mahu bertanggungjawab, saya sebagai bapa kepada anak tersebut dan keluarga saya akan mengambil tindakan yang selanjutnya mengikut undang-undang. 

"Saya mahu doktor yang merawat dan mengambil darah anak saya dari mula sampai ke Hospital Sibu sehingga sekarang bertanggungjawab ke atas apa yang terjadi kepada anak saya," tulisnya.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close