Bayi ditemui bersama ibunya yang baru bunuh diri

loading...

Seorang bayi yang baru dilahirkan masih bertali pusat berjaya diselamatkan polis selepas ibunya membunuh diri, lapor Daily Mail

Menurut anggota polis, pihaknya menerima panggilan kecemasan suami mangsa pada Khamis lalu dan terus bergegas ke rumah pasangan itu di Katni, Madhya Pradesh, India, dan menemui bayi itu dalam kain sari mangsa berusia 36 tahun. 

Bayi itu kemudian dibersihkan dan dibalut dengan kain sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 



Pegawai polis, Kavita Saini berkata, "Apabila saya tiba di tempat kejadian dan memeriksa mayat mangsa, Laxmi Thakur, saya terjumpa bayi tergantung di dalam kain sarinya. 

"Kami bersihkan bayi itu dan balut dia dengan selimut sementara menunggu bantuan dari pasukan perubatan tiba. Bayi itu sihat dan telah dihantar ke hospital," katanya.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close