'Tamatkan kontrak jurulatih, atas permintaan Irfan sendiri' - KP MSN jawab kenyataan altet kebangsaan

loading...

Altet Olahraga Kebangsaan, Muhammad Irfan Shamsuddin, melalui Instagramnya baru-baru ini meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang didakwa telah menamatkan kontrak jurulatihnya walaupun dia telah mencapai kejayaan yang gemilang bersama jurulatih tersebut. 

"Just wanna ask you @SyedSaddiq. Mula-mula you bubarkan PODIUM. Then my coach ditamatkan contract serta-merta selepas saya pecahkan rekod kebangsaan 12 kali, 3 kali SEA Games gold and Asian Championship Silver medal yang saya bersama-sama achieved with my coach within six years of working together dan elaun dipotong separuh. 

"I'm still alright with it. But right now the situation is, I'm without coach dan saya nak pergi training camp tapi tiada bajet (ticket flight saya dah beli). 

"May I ask you a question YB. You suruh althletes buat results, but you terminate my coach contract and now that I've a new coach (so far saya bayar pakai duit saya sendiri) and right now you tell me, saya tak ada coach and then my plan to train overseas tak diluluskan. 

"Explain to me? Adakah ini yang YB maksudkan dengan Youth Power? What's your vision and mission in our sports actually YB?" soalnya. 

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato' Ahmad Shapawi Ismail, menjawab kenyataan atlet tersebut dalam kenyataan media yang baru saja dikeluarkan. 

"Saya sebagai KP MSN mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap tuduhan tersebut dan sebarang keputusan yang diambil tidak ada kaitan dengan arahan atau pandangan YB Syed Saddiq sendiri. 


"Pertama, mengenai dakwaan Irfan bahawa KBS/MSN/KOM telah menamatkan kontrak jurulatih peribadi beliau, Encik Frantisek Petrovic, yang selama ini telah melatih beliau sehingga berjaya ketika ini."

"Disamping itu, atas permintaan peribadi Irfan sendiri yang merasakan beliau sudah terlalu lama menggunakan khidmat jurulatih yang sama. Tetapi, kerana tidak mahu mengecilkan hati jurulatih tersebut, Irfan meminta MSN mengambil tindakan tersebut."





Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close