Budak perempuan 3 tahun ditemui lemas dalam tong air

loading...

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemui lemas dalam tong air di bilik mandi rumahnya, pagi semalam, lapor Sinar Harian

Mangsa, Raja Maryam Darlisha Raja Ismail, ditemui lemas oleh kakaknya berusia 12 tahun pada jam 11:30 pagi semalam di bilik air kediaman mereka di Taman Agropolitan Rantau Manis, Gua Musang, Kelantan. 

Menurut ibu mangsa, Razwaniza Yaakob, 39, tida tidak menyedarinya anaknya itu berada di dalam bilik air kerana dia sedang menyusukan bayi kecil ketika kejadian. 

"Saya hanya tahu apabila anak saya mencarinya di bilik air dan Maryam ditemui sudah tidak bernyawa. 

"Ketika kejadian, suami tiada di rumah dan anak saya dihantar ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin, mengesahkan kejadian itu. 
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close