Murid disimbah dengan petrol sebelum dibakar oleh pembuli

loading...

Seorang murid sekolah dikejarkan ke hospital selepas dibakar oleh pembulinya.

Dalam kejadian yang berlaku di Dnipro, Ukraine, mangsa, Kyrylo Yatsun, 8, melecur 35 peratus selepas dibakar suspek.

Difahamkan, mangsa terdahulu bermain di taman permainan berhampiran blok apartment kediamannya sebelum diserang sekumpulan kaki buli yang lebih tua daripada dia. 

Suspek menyimbah petrol pada baju mangsa sebelum menyalakan pemetik api lalu membakarnya. 

Baju mangsa serta-merta terus terbakar dan mangsa mengelupur, menjerit kesakitan lalu terjatuh ke tanah sambil ditertawakan oleh suspek. 

Beberapa orang awam segera berlari membantu mangsa dan berjaya membuka baju t-shirt Kyrylo dan menghubungi ambulans untuk datang membantu. 


Mangsa yang kritikal dikejarkan ke hospital dan ditempatkan Unit Rawatan Rapi (ICU) dan menjalani beberapa pembedahan di mana doktor terpaksa membuang kulit rosak dari bahagian kepala, tangan, punggung dan beberapa lagi bahagian yang lain. 

Walaupun 10 hari sudah berlalu, doktor masih perlu memantau keadaan Kyrylo yang belum dapat dibenarkan keluar. 

Sementara itu, ibu mangsa, Eugenia Yatsun berkata, ketika kejadian itu berlaku, dia sedang memasak di rumah dan didatangi seorang kanak-kanak yang memberitahu Kyrylo cedea. 

"Saya terus berlari keluar dan ternampak anak saya terbaring di lantai. Kulit di pusat dan kakinya melecur teruk. 

"Kyrylo beritahu saya yang mereka (suspek) melakukan perbuatan itu terhadapnya tanpa sebarang sebab. 


Polis kini sedang menjalankan siasatan dan identiti suspek telah dikenali pasti dan sedang disoal siasat oleh pegawai detektif. 

Jurucakap polis, Anna Starchevskaya berkata, suspek menegaskan mereka tiada niat mahu membakar mangsa dan apa yang berlaku itu adalah kemalangan. 

Walaupun begitu, polis masih meneruskan siasatan. 


Sumber: Daily Mail
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close