'Mamat ni boleh delete advice Dr Sheikh Muzaphar' - Netizen kesal Hairul Azreen enggan terima teguran tindakannya memudaratkan kaki anak

loading...

Baru-baru ini, pelakon Hairul Azreen memuat naik video di Instagram menunjukkan dia sedang mengimbangi bayi perempuannya yang baru berusia empat bulan di tapak tangan. 

Di kala followers yang lain memuji ketegapan kaki Alisa Aisyah, namun aksi itu ditegur oleh Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang menjelaskan perbuatan itu boleh memudaratkan bayi berkenaan. 

"Salam Hairul. apa yang awak buat adalah mengunci lutut untuk buat dia berdiri tegak. Ia akan menyebabkan bahagian lututnya bengkok selepas ini jika bayi itu tidak bersedia atau terlalu awal. 

"Sebab itu bayi hanya akan bersedia untuk berdiri dengan sendiri apabila otot dan tulangnya sudah cukup kuat," katanya. 


Namun komen itu dipercayai telah dipadamkan dan netizen mengesyaki ia dilakukan oleh pemilik akaun tersebut. 

Ada yang tidak sempat membaca komen itu kemudian bertanya secara terus di Instagram Dr Sheikh Muszaphar yang kemudian menjelaskan: 

"Saya bimbang melihat dia buat anak dia berdiri seperti itu apabila anaknya masih belum cukup kuat. Ia mungkin akan menyebabkan lutut menjadi bengkok selepas ini. 

"Tekanan yang tidak sepatutnya berlaku di bahagian lutut. Sekadar nasihat agar orang ramai tidak melakukan perbuatan itu," katanya. 


Sementara itu di media sosial, netizen kesal dengan tindakan Hairul yang memadam komen nasihat dari Dr Sheikh Muzaphar yang menegur demi kebaikan anaknya.




A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Semakan di Instagram Hairul mendapati, video itu masih tidak dipadamkan. 

Sumber: Instagram Hairul Azreen, Dr Sheikh Muzaphar
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close