(Video) 'Sedihnya.. macam Tiara nampak je arwah Abam kat situ, siap lambai lagi'

loading...

Pemergian Allahyarham Syed Omar Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey masih dirasai lagi. Segala jasa dan kenangan yang ditinggalkan dikongsi bersama kaum keluarga, teman seperjuangannya dan juga para peminat. 

Dikatakan hampir setiap hari pusara Allahyarham dikunjungi peminat dan juga teman-teman rapat. Achey, antaranya teman yang sentiasa menziarahi pusara sahabatnya itu. Achey tidak keseorangan, dia sentiasa membawa anaknya, Tiara bersama-sama. 

Satu video yang dikongsikan Achey ketika menziarahi pusara arwah menarik perhatian netizen.  Menerusi video tersebut, rata-rata netizen melihat seolah-olah Tiara melambai tangan pada arwah sebelum pulang. 



Komen-komen dari netizen mengenai video itu mendapat maklum balas dari Achey yang kemudiannya memuatnaik kembali di saat Tiara melambai tangan pada pusara arwah. 

“Ni ke yang korang cerita semalam? Sebelum Hamzah hadir dalam hidup arwah, Tiara adalah satu-satunya baby yang tak takut dengan dia. Dia banyak kali cakap semua baby sebelum ni kalau pegang, dia tengok je dah nangis takut.

“Weh, bukan ko je Abam, baby lain kalau nampak aku pun nangis dah. Hahaha. Tu je istimewa Tiara dengan arwah. Sebab tu dia lambai ko, Bam. Jom doakan arwah.

“Oh ya, Khamis ni jangan lupa ada tahlil terbesar di Masjid Wilayah. Kalau korang ada masa terluang, jemput datang ye,” tulisnya.
Sumber: Achey
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close