Bapa sembur racun serangga pada muka bayi berusia 2 bulan supaya berhenti menangis

loading...

Bengang mendengar suara tangisan membuatkan lelaki ini tergamak menyembur racun serangga ke muka bayinya sendiri supaya berhenti menangis. 

Lebih teruk lagi, lelaki berusia 39 tahun itu turut menampar muka mangsa yang baru berusia dua bulan serta melambungnya. 

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, kejadian itu berlaku di Taman Pauh Indah,  Jumaat lalu dan pihaknya telah menahan suspek setelah menerima laporan dari doktor di Klinik Kesihatan Arau yang merawat mangsa. 

"Kami menerima laporan berkenaan pada 11.30 pagi Jumaat lalu selepas pemeriksaan mendapati bayi berkenaan kurang aktif dan bibirnya kebiruan. 

"Mangsa juga cedera di belakang kepala dna leher selain terdapat kesan kemerahan ditemui di kepala," katanya. 

Ibu mangsa mengakui, suaminya telah menyembur racun serangga pada muka mangsa selain mencederakannya. 

Ekoran itu, suspek ditahan reman sehingga Khamis ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. 

Sumber: Harian Metro
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close