Remaja 16 tahun mati selepas bermain PUBG tanpa henti

loading...


Ketagihan melampau pada permainan video membuatkan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun di Andhra Pradesh, India, meninggal dunia pada 10 Ogos lalu selepas bermain PUBG atau PlayerUnknown's Battlegrounds, secara berterusan selama beberapa hari tanpa makan dan minum air yang mencukupi. 

Lapor media tempatan, remaja itu pada awalnya jatuh sakit akibat dehidrasi kerana tidak menjamah makanan dan minuman secukupnya. 

Bimbang melihat keadaan remaja berkenaan, ahli keluarganya segera membawa dia ke hospital di Bandar Eluru. Doktor mengesahkan remaja itu mengalami cirit birit melampau dan terpaksa menjalani pembedahan. 

Malangnya, keadaan mangsa tidak mampu bertahan dan disahkan meninggal dunia ketika diberikan rawatan. 

Sejak dari dulu, permainan PUBG menerima banyak kritikan negatif dari pelbagai negara. Malah, ada sesetengah negara mengambil pendekatan menyekat permainan itu kerana mendakwa ia boleh memudaratkan dan menyebabkan golongan belia menjadi ketagih. 

Sumber: Gulf News

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close