'Separuh jalan dah disakau, kami terpaksa lalu dengan kereta senget' - Owner rumah bina entrance ikut suka hati, ganggu laluan keluar masuk penduduk

loading...



Tindakan seorang pemilik kediaman membina laluan masuk ke rumahnya melebihi had ketinggian jalan mengundang rasa tidak puas hati segelintir penduduk di taman perumahan itu. 


Menurut Azi Melon, lorong itu sebelum ini boleh dilalui dua buah kenderaan tanpa sebarang masalah. Namun keadaan berubah apabila pemilik rumah itu membina 'ramp' laluan masuk ke kediamannya dipercayai tanpa merujuk atau mendapat kebenaran dari pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS). 


"Dulu masuk lorong, ada dua kereta tak ada masalah pun. Sekarang separuh (jalan) sudah disakau. Bila ada jiran baru buat binaan macam ni, laluan jadi terganggu. Lagi-lagi kalau ada kereta lain park kat lorong. 


"Hari tu ada kereta lain masuk, tiba-tiba berhenti di tengah lorong. Kami terpaksa lalu di atas entrance dengan kereta senget. Ini boleh mendatangkan bahaya kepada mereka yang tidak tahu ada 'entrance kayangan' ini. 




"Hari tu juga ada lori nak hantar perabot dia, park betul-betul depan entrance. Dah tu, saya pula kena mencelah sikit. Kalau tak boleh lalu, terpaksalah buat pesta hon untuk meminta bantuan. 


"Sudahlah lori susah nak masuk. Lori sampah hanya berhenti di depan lorong, pemungut sampah bawa tong ke depan. Dulu lorong ini orang boleh pasang khemah untuk kenduri. Sekarang rasanya tak boleh," katanya. 


Tambahnya lagi, tidak wajar penduduk lain dipaksa untuk menerima 'perubahan' itu secara kekal dan berharap MBS mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelesaikan masalah tersebut. 


Hari ini, tampil seorang wanita yang mendakwa dirinya adalah pemilik rumah tersebut dan menyelar semua netizen yang melemparkan kecaman terhadapnya. 


"Apa faedah post dalam ni? Ini rumah saya, meh sini kita jumpa depan-depan. Apa yang buat awak tak puas hati, melampau betul. Busuk betul hati korang ni," kata Nur Kaisara. 




Bagaimanapun dalam perkembangan terkini, Azi Melon memaklumkan pihak MBS telah datang membuat lawatan dan selepas mengadakan perbincangan bersama tuan rumah, pengadu (beberapa penduduk taman) akhirnya berjaya mencapai kata sepakat tanpa berlakunya ketegangan di antara kedua-dua pihak. 


Walaupun diasak oleh netizen untuk mendedahkan lokasi perumahan itu, Azi menolak untuk berbuat demikian demi menjaga privasi semua pihak yang terlibat. 


Sumber: Azi Melon

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close