'Bila doktor kata kanser dah stage 4, aku dah hilang arah' - Gadis 23 tahun disahkan hidap kanser limfoma tahap 4

loading...

Usianya masih muda, namun disahkan menghidap kanser limfoma. Hati siapa yang tak risau apabila ditimpa ujian sebegini. Tahu-tahu pula kanser yang dihidap itu sudah mencapai tahap keempat. Di waktu ini, sokongan dari orang di sekeliling yang amat diperlukan selain pesakit itu sendiri perlu bangkit melawan penyakit tersebut.

23 tahun dah hari ini, start semalam. Hahaha! Aku baru kerja setahun, belum sah jawatan lagi. Baru nak rasa pikul tanggungjawab itu. Erm, dah sakit. Aku sakit sejak tahun lepas lagi. Demam berpanjangan sampai dua bulan. Malam-malam, badan panas sangat.

Hujung bulan 12, sakit belakang pula. Bila x-ray, tiada apa-apa. Rujuk ortho dan fisio. Aku pergi TCA. Aku banyak MC masa kerja sebab aku tak tahan sangat. Aku sakit, aku telan ubat tahan sakit. Tak jalan dan masih sakit tetapi aku masih boleh berjalan.

Awal 2018, aku mula demam balik, batuk dan tumbuh biji-biji di leher. Huhuhu. Aku jumpa doktor hospital, doktor kampung pun aku jumpa tetapi masih jgua sakit. Biji-biji itu pula bertambah semakin banyak dan aku mula semput, berpeluh waktu malam dan cepat letih.

28 April 2018, aku kerja syif pagi. Masa itu memang tengah semput, tapi SR suruh pergi klinik staff sebab tengok aku tak sihat. Aku naik motosikal buruk aku pergi klinik staff (nak pergi ED masa tu tapi malu dan takut sebab aku bukan staff sana dah).

Di klinik staff buat x-ray, ambil darah semua. Doktor kata paru-paru ada air, lungs teruk sangat dan refer medical, suspek TB pula. Maka admit wad.

Di wad, aku punya diagnos macam-macam. Buat sputum tiga kali, negatif. Ambil biopsy di leher, di lung, tak dapat detect juga. Aku dah on ubat tibi dah, pahit, banyak dan tak sedap pula tu. Huhuhu. Last-last ambil biopsy di celah paha, ambil biji tu dan seminggu selepas itu baru tahu limfoma.

Eh, sepanjang aku di wad, aku semput. Dari tak pakai oksigen, kena pakai high flow mask. Nasib tak intubate. Thanks Dr Janani. Banyak prosedur dengan dia dan the best doktor ini banyak bagi support dan tolong aku. Aku kena cucuk sana sini, di belakang, tepi, nak buang air.

Bayangkan apa yang aku rasa?

Kat sungai buloh, aku semput, macam ikan tak dapat air, cungap2 walaupun on oksigen

Aku on chest tube , bukan sebelah jak, dua belah

Merah merah ni dari paru-paru aku 

Nak p hosp ampang, kak cantek tu hantar . Kakak wad 7D .

Kunjungan masa bulan puasa, sedih sangat . Orang ed sentiasa dihati . Sayang sgt . Masa ni takleh cakap, mulut pecah .

Tengah kemo, aku taknak layan sgt, takut jadi lain, lain laa rasa tengah kemo , kau boleh tido 24jam tanpa sedar . Ni kemo ke 3 . Kurus dah . Tak macam dulu . Huhuhu .

Ni effect lepas kemo, sakit, selalu seminggu lebih jugak aku tak makan . Sakit , serius,, huhuhu

Ini mak , orang paling setia 24h dengan aku, tanpa mak, aku takkan kuat macam ni . Huhuhu . Moga syurga buat mak di akhirat nanti . Amin 
Pleural taping banyak kali. Chest tube aku tiga kali kena. Kiri kanan pula tu. Sakit dan pedih tapi nak buat macam mana kan? Kalau tak, aku semput dan tak boleh bernafas. Seksa weh! Aku rasa saat nak hilang nyawa itu macam mana. Allah bagi aku rasa.

23 Mei 2018, diagnos cancer lymphome. 24 Mei 2018, dipindahkan ke Hospital Ampung. Petang, doktor review kata dah stage 4. Aku hilang arah dah pada waktu itu. Air mata bertan-tan juga. Tengok ak di sebelah, lagi aku bertambah sedih. Lama kelamaan aku redha dan aku cuba lawan.

Sekarang aku dah kemo kali ketiga. InshaAllah nanti proceed untuk yang seterusnya. Aku takut, cuma aku yakin ada Allah, sakit penghapus dosa, terima sakit dengan redha. Jangan stress, stress punca kanser merebak. Tenang-tenang sahaja.

Aku kuat kerana Allah S.W.T, mak, keluarga, sahabat-sahabat dan ada seseorang yang masih setia bersama aku walaupun keadaan aku begini iaitu Muhd Ikram Dasir. Doakan aku tau, panjang lagi perjuangan aku. Kemo tak habis lagi. Terima kasih semua sebab banyak membantu aku. Much of love.

Sumber: Nur Farlena

Semoga semuanya dipermudahkan dan moga Nur Farlena diberikan kesembuhan untuk menjalani hari-hari yang mendatang. Stay strong Nur Farlena!
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close