(Video) Budak 5 tahun nyaris maut terjatuh dari tingkat 20

loading...

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun nyaris maut selepas terjatuh dari kediamannya di tingkat 20. Mangsa sempat berpaut pada jeriji besi di tingkat 19 selama 30 minit sebelum bantuan tiba, lapor Sina News.  

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 6 pagi pada 13 Julai di wilayah Sichuan, China, mangsa yang dikenali sebagai Xiaoming ditinggalkan bersama nenek yang salalu menghadiri kelas senaman (tarian) setiap pagi. 

Menurut neneknya, Xiaoming kebiasaannya bangun dari tidur jam 10 pagi. Tetapi pada hari kejadian, Xioaming bangun lebih awal dan neneknya sempat berpesan,

"Nenek keluar dulu, awak tidurlah seketika. Tapi bila nenek balik nanti, awak bangun dan buka pintu untuk nenek ye." 

Difahamkan, Xiaoming terjatuh selepas cuba melihat pemandangan di luar, namun sempat berpaut pada jeriji besi di tingkat bawah sebelum ditemui oleh kakitangan penyelenggaraan bangunan, Peng, yang ketika itu keluar untuk membuang sampah. 

"Saya ternampak budak terjatuh di luar tingkap," kata Peng yang pada waktu itu juga cuba menenangkan mangsa dari panik. 

Selepas berjaya menstabilkan dirinya, Xiaoming melambai tangannya pada Peng dan berkata, "Makcik! Tolong saya!" 

"Jangan lepaskan! Kami akan selamatkan awak!" balas Peng sebelum bergegas pergi ke bilik pengawal keselamatan untuk meminta bantuan. 

Sebaik saja pihak berkuasa tiba, mereka terus pergi dan memasuki kediaman di tingkat 19 itu secara paksaan untuk menyelamatkan mangsa. Usaha menyelamatkan kanak-kanak itu mengambil masa kira-kira lapan minit sambil disaksi oleh orang awam yang mula berkerumun di tingkat bawah. 


Bagaimana Xiaoming terselamat dari kejadian itu masih belum diketahui. Namun Xiaoming dikatakan mempunyai ketinggian yang seperti kanak-kanak berusia 7 atau 8 tahun berbanding usianya 5 tahun. 

"Ketika dia dalam keadaan tergantung di luar tingkap, dia kata dia keliru dan saya suruh dia berpaut pada jeriji besi serta bertahan seketika," kata neneknya. 
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close