Bunuh dan bakar mayat isteri disyaki curang

loading...

Seorang lelaki ditahan polis pada Sabtu lalu kerana membunuh dan menghapuskan mayat isterinya secara senyap-senyap, lapor NDTV. 

Menurut polis, suspek dalam keterangannya mengakui telah membunuh isterinya kerana mengesyaki mangsa mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. 

Polis berkata, kematian mangsa itu menimbulkan kecurigaan dan difahamkan mayat mangsa dibakar oleh suspek dengan bantuan enam rakannya pada Sabtu. 

"Polis pergi ke tempat pembakaran itu dan menemui unggun api, selain merampas barangan yang tidak terbakar.

"Semasa proses soal siasat, suspek mendakwa isterinya terkena renjatan elektrik kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu. 

"Bagaimanapun, suspek kemudian mengaku telah mencekik isterinya kerana mengesyakinya mempunyai hubungan sulit," katanya. 

Suspek juga memaklumkan kepada keluarganya bahawa isterinya maut akibat kejutan elektrik. 

Pasangan itu telah berkahwin selama lima tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan.

Sumber: Astro Awani, NDTV
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close