Abby Abadi Kini Hamil

loading...

Pelakon Abby Abadi kerana telah disahkan hamil anak pertama bersama suami barunya, Jai Ezanny.

Abby berkongsi berita itu menerusi laman Instagram memaklumkan pada mulanya dia takut untuk berkongsi berita itu memandangkan usia kandungannya yang masih baru.

Namun setelah berbincang dengan suaminya, dia mengambil keputusan enggan memikirkan sesuatu yang negatif.

Menurutnya, usia kandungannya baharu sahaja mencecah empat minggu.

Abby juga turut menyatakan impiannya yang berharap menimang cahaya mata kembar.

Dalam pada itu, Abby turut memohon doa peminat agar kandungannya itu selamat dilahirkan.

“Doakanlah kandungan saya kali ni berhasil lahir ke dunia ye. Dah lama tak membawa perut ni, belum tahu nasib lagi macam mana ni. Mohon doa kalian,” katanya.

Menerusi perkahwinan terdahulunya, Abby mempunyai tiga cahaya mata hasil perkongsian hidupnya dengan pelakon Norman Hakim.

Bekas anggota kumpulan Elite ini mendirikan rumah tangga dengan Jai pada 14 Ogos 2015.

The post Abby Abadi Kini Hamil appeared first on The Coverage Edisi BM.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close