loading...
Susah nak jumpa gadis yang bukan saja cantik rupanya, malah seorang yang bijak dan berakhlak.
Baru-baru ini, seorang gadis cantik berusia 18 tahun menjadi viral di media sosial. Gadis tersebut merupakan pelajar Universiti Oxford dan lebih mengejutkan dia juga salah seorang hafidzah termuda Indonesia.
Nama gadis tersebut ialah Wirda Mansur. Bapanya Ustaz Yusuf Mansur sangat dikenali di Indonesia. Jadi tidak hairanlah Wirda ni hebat dalam menghafal Quran.
Orang je kecil, tapi cita-citanya sangat besar iaitu ingin menjadi menteri luar Indonesia.
Walaupun sibuk dengan pelajaran, Wirda juga seorang usahawan dan ada jenama pakaiannya sendiri. Bukan itu je, dia juga seorang penulis buku movitasi berjudul ‘Reach Your Dream’.
Korang patut dengar Wirda ni mengaji. Memang sedap dan merdu sangat suaranya.
Sumber: Oh Bulan & Wirda Mansur
0 comments:
Post a Comment