Gadis Kutuk Melayu Hantaran Mahal

loading...

Jika sebelum Farah Elmo menerusi videonya memberi amaran kepada lelaki bujang supaya jangan berangan hendak kahwin kalau malas kerja dan tiada rasa tanggungjawab.

Kali ini, Farah Elmo mengutuk pihak perempuan terutamanya orang Melayu yang meletak hantaran tinggi hingga mencecah RM20,000.

“Bukan nak kata apa la kan, tapi melawak la orang Melayu kita ni, baru letak hantaran RM20,000 dah bising satu Facebook apa cerita haaa.

“Mok pok depa mungkin ada sebab letak hantaran tinggi, sebab-sebab dia yang femes ialah mok pok depa tak caya dekat angpa, bukan mok depa nok sangat duit angpa,” katanya.

Jelas anak mami ini lagi, hantaran tinggi yang diletakkan oleh pihak perempuan adalah kerana ibu bapa tidak percaya kepada bakal menantu mereka.

“Ada kes, setengah orang masuk minang RM20,000 macam angpa kena kan, tapi orang seterusnya masuk meminang kena RM5,000 ja, RM5,000 tak sampai RM1,000 jah pun kadang-kadang kahwin free je.

“Sebab apa, sebab mok pok depa percaya kat orang yang nak kahwin dengan anak depa tu.

“Esok hangpa ada anak baru hangpa ada akai, di situ baru hangpa nak pikiaq, hangpa kalo hanga jadik mok bapak pun hangpa nak sangat ke duit bakal menantu hangpa tu, hangpa nak sangat ke?

“Pikiaq…sebelum nak cakap tu pikiaq kepala hotak angpa,” katanya.

Video itu menerima pelbagai reaksi dan kritikan daripada lelaki yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan apa yang dinyatakan.

Video:

The post Gadis Kutuk Melayu Hantaran Mahal appeared first on The Coverage Edisi BM.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close