Kes Bunuh Abang Pemimpin Korea Utara..Akhirnya Anak Kim Jong Nam Buka Mulut !!!

loading...

Kes Bunuh Abang Pemimpin Korea Utara..Akhirnya Anak Kim Jong Nam Buka Mulut !!! |Kes pembunuhan abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-nam semakin dramatik apabila rakaman video seorang lelaki yang mendakwa anak beliau tersebar di media sosial hari ini.

Dalam rakaman berdurasi 40 saat di laman YouTube itu, lelaki berkenaan yang menunjukkan pasport diplomatik Korea Utara bagi membuktikan beliau adalah Kim Han-sol mendakwa, bapanya dibunuh beberapa hari lalu.

Bagaimanapun muka surat yang menunjukkan dokumen itu secara terperinci dikaburi secara digital. Tiada petunjuk mengenai lokasi dan tarikh video itu dirakam tetapi menurut agensi berita Yonhap, video itu dirakam beberapa hari selepas Jong-nam dibunuh.

“Nama saya Kim Han-sol dari Korea Utara dan ahli keluarga Kim (Jong-nam). Bapa saya dibunuh beberapa hari lalu. Saya kini berada bersama ibu dan adik perempuan saya. Kami berharap keadaan akan bertambah baik tidak lama lagi, kami berterima kasih,” jelas lelaki sebelum suara rakaman dipotong dan pergerakan mulutnya ditutup.

Ini merupakan kali pertama ahli keluarga Jong-nam muncul sejak beliau dibunuh oleh dua suspek di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu. Pembunuhan tersebut mencetuskan ketegangan diplomatik antara Kuala Lumpur dan Pyongyang.

Kemunculan Han-sol sekali gus menamatkan spekulasi berhubung anak Jong-nam yang kini dikatakan berada di Macau, China.

Sementara itu, rakaman video berkenaan dikatakan dimuat naik oleh sebuah kumpulan dikenali sebagai Pertahanan Awam Cheollima (CCD).

 

Kumpulan itu mendakwa telah menyelamatkan beberapa orang ahli keluarga Jong-nam dengan bantuan pihak berkuasa Belanda, Amerika Syarikat (AS) serta Korea Selatan dan menjelaskan mereka kini berada di bawah perlindungan di lokasi yang tidak dinyatakan.

Jurucakap Perkhidmatan Risikan Nasional Korea Selatan mengesahkan lelaki itu adalah Han-sol, tetapi enggan memberikan butiran lanjut.

Han-sol, 21, dipercayai seorang graduan Universiti Sciences Po di Paris yang hidup dalam buangan dengan ibu bapanya. Mengikut susur galur keluarganya, Han-sol di­lihat sebagai pesaing kepada pe­mimpin utama Korea Utara, Kim Jong-un yang memerintah negara itu secara kuku besi dan sanggup melakukan apa sahaja bagi mempertahankan kekuasaannya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis akan meneliti video tersebut sebelum membuat sebarang kenyataan.

“Kita akan teliti video itu. Setakat ini tidak dapat disahkan sama ada dia atau tidak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kredit : EBerita

P.S. 1 – Jangan Berani Memiliki Kereta Kalau Tak Tahu 31 Perkara Penting Ini Terutamanya No 23 !!!
P.S. 2 – Banduan Ini Kuat ‘Makan’. Apa Yang Dimakannya Pasti Mengejutkan Anda !!!
P.S. 3 – Kisah Benar Cikgu Diseksa Ketika Koma Sebelum Ke Mekkah..Terkejut Ini Puncanya !!!
P.S. 4 – (VIDEO) Kejadian Aneh Kubah Hijau Masjid NABI MUHAMMAD SAW Bertukar Warna Merah !!!
P.S. 5 – Ayam Ini Masih Boleh Hidup Setahun Lebih Tanpa Kepala, Puncanya Buat Ramai TERPANA !!!

The post Kes Bunuh Abang Pemimpin Korea Utara..Akhirnya Anak Kim Jong Nam Buka Mulut !!! appeared first on KITA VIRAL.

Share on Google Plus

2 comments:

  1. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    ReplyDelete
  2. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    ReplyDelete

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close