Kilang Ini Mengumpul Lampin Dewasa Terpakai, Apa Yg Dilakukan Mereka Kemudian Mengundang Kemarahan Ramai !!!

loading...

Kilang Ini Mengumpul Lampin Dewasa Terpakai, Apa Yg Dilakukan Mereka Kemudian Mengundang Kemarahan Ramai !!! |Sejak beberapa tahun yang lalu, aktiviti mengitar semula dicanang sebagai antara langkah yang boleh diambil kita semua untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar selain mengawal pembaziran.

Tidak disangkal bahawa aktiviti mengitar semula banyak memberikan faedah kepada kita semua.

Namun begitu, sebuah kilang yang menghasilkan lampin untuk golongan dewasa di China ini mungkin mengambil kesempatan akan kebaikan aktiviti ini untuk mendapatkan keuntungan dengan cara yang tidak bertanggungjawab.

Laman web STOMP.com.sg melaporkan kegiatan kilang tidak berlesen di wilayah Shandong, China, ini yang menggunakan lampin terpakai untuk dikitar semula menjadi lampin yang baru.

Pihak berkuasa tempatan menyerbu kilang haram tersebut di mana timbunan lampin lama dijumpai di premis seluas 400 meter persegi itu.

Pekerja kilang tersebut mengumpul lampin dewasa yang lama atau terpakai, mengoyakkannya, dan mengambil kapas di dalamnya untuk diproses menjadi lampin baru.

Ada harga yang sangat rendah berbanding lampin lain di pasaran. Malang bagi pengilang lampin ini, perbezaan antara hasil keluaran kilang mereka dengan kilang yang lain menimbulkan syak wasangka dalam kalangan pengguna, dan jenama keluaran kilang tersebut diselidiki.

Ramai yang menyuarakan perasaan marah mereka apabila mendapat tahu taktik kotor yang digunakan kilang haram ini, dan ada juga yang terkejut dengan tindakan tidak beretika ini.

Sumber: Worldofbuzz

P.S. 1 – Inilah 8 Pekerjaan Yang Bakal Diambil Alih Oleh Mesin !!!
P.S. 2 – Pelik Perut Ikan Jerung Membesar..Apa Sebenarnya Dalam Perut Pastinya Buat Anda Semua Terkejut !!!
P.S. 3 – Yang Ada Adik Beradik..! Mohon Baca Ni..!! Jangan Share Selagi Tak Habis Baca!!
P.S. 4 – Cara Mudah Hilangkan Karang Gigi Yang Ramai Tak Tahu.. Kongsikan Pada Rakan-Rakan Anda Untuk Kebaikan Bersama..
P.S. 5 – Apabila Memotong Nanas, Usah Buang ‘Bahagian Atasnya’..Ini Sebabnya…

The post Kilang Ini Mengumpul Lampin Dewasa Terpakai, Apa Yg Dilakukan Mereka Kemudian Mengundang Kemarahan Ramai !!! appeared first on MALAYSIA KINII.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close