Lelaki Ini Kongsi Kisah PENGAKHIRAN Perokok Tegar Yang Bakal Buat Perokok TERKESIMA !!!

loading...

Lelaki Ini Kongsi Kisah PENGAKHIRAN Perokok Tegar Yang Bakal Buat Perokok TERKESIMA !!! | Assalamualaikum para pembaca! Terima kasih admin iium confession. Sudi memperagakan kisah ini. Ini merupakan confession aku buat kali ketiga disiarkan. Mohon pembaca ambil pengajaran dan ingat yang tersayang.

POST INI AGAK PANJANG, Terima kasih sudi baca!

Jam pukul 6.50pm.. baru saja sampai daripada hospital selepas merujuk kes yang kedua. Dalam 10 minit lagi waktu kerja akan tamat. Rakan shif malam masih dalam perjalanan. Belum sampai. Hujan lebat tadi. Mungkin pergerakan lalu lintas agak perlahan. Selepas sahaja mengemas peralatan di dalam ambulans, aku dan hanis masuk ke dalam klinik. Staff klinik agak sibuk kerana terdapat seorang pesakit yang sedang dirawat. “Kes ape ni kak?” Jengah aku sambil menanyakan pesakit dirawat atas sebab apa. Pesakit ini lelaki berumur dalam lingkungan awal 40an. Kak Sharina memberitahu bahawa pesakit ini baru saja datang ke klinik dengan kawannya. Dengan aduan utama sakit dada. Disusuli dengan sesak nafas secara tiba tiba (sudden onset).

Tidak lama kemudian, dr meminta kami untuk bersedia kerana pesakit ini perlu dirujuk ke hospital bagi rawatan lanjut. Sambil berdiri bersebelahan pesakit, dr menerangkan bahawa pesakit ini mengalami serangan jantung. Berdasarkan keputusan ECG (ElectroCardioGram), terdapat ST Elevate yang memberi tanda bahawa otot jantung pesakit telah mengalami infarksi (Myocardium Infarction). Tekanan darah serta nadi juga kelihatan lemah. Setelah diberikan rawatan ubatan dan rawatan konservatif, pesakit kini stabil. Tekanan darah juga kembali normal. Ritma jantung juga semakin baik dengan bacaan Normal Sinus Rhythm. Akan tetapi pesakit masih perlu di hantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut disebabkan serangan yang telah berlaku.

Memandangkan team shift malam masih belum sampai, aku dan hanis bertanggungjawab untuk membawa pesakit ke hospital. Akan tetapi hospital yang ingin dituju sedikit jauh berbanding hospital yang kami hantar dua kes sebelum ini. Disebabkan terdapat unit khas rawatan jantung (Cardiac Intensive Care Unit) di hospital tersebut. Jam pada ketika ini menunjukkan pukul 7.13 malam. Kami bersiap menyediakan pesakit untuk dimasukkan kedalam ambulance. Pesakit dipakaikan high flow mask dan vital sign di rekodkan berdasarkan monitor yang dipasang. Sebelum itu, pesakit ini memaklumkan kepada isterinya supaya dapat menunggu di hospital yang ingin kami tuju. Sambil tersenyum kelat menahan sakit dada yang masih sedikit terasa, pesakit mengangguk tanda sedia untuk bergerak. Aku ditugaskan untuk membawa ambulnace tersebut. Manakala hanis berada dibelakang di cabin belakang bagi memerhati dan memantau keadaan pesakit sepanjang perjalanan untuk ke unit kecemasan hospital.

Kebiasaanya ahli keluarga atau pengiring pesakit diminta yang mengikuti kami diminta untuk duduk dibahagian hadapan bersebelahan pemandu. Tetapi kes kali ini sahabat kepada pesakit duduk canin belakang bersama hanis. Aku biarkan sahaja kerana ingin cepat dan tidak mahu membuang masa. Kami terus bergerak keluar dari perkarangan klinik menujuk ke lebuhraya berdekatan. Siren, bacon light dan lampu kecemasan diaktifkan. Anggaran waktu kami sampai ke hospital berkenaan kurang dari 40 minit. Ambulance meluncur laju meredah hujan yang sedang turun dengan agak lebat. Kereta agak banyak. Cuti sekolah baru bermula hari ini. Masing masing berpusu untuk pulang ke kampung getus aku. Sementara di belakang, hanis berbual dengan pesakit berkenaan sejarah penyakit lalu dan kini. Tujuan utama adalah untuk mengekalkan kesedaran pesakit sebenarnya. Sedang hanis bertanyakan soalan soalan yang memerlukan jawapan dari pesakit, keadaan pesakit kelihatan sedikit lemah.

Setibanya kami di plaza tol yang pertama, aku terdengar bunyi monitor agak pelik. Bunyi ini kebiasaanya disebabkan terdapat bacaan atau keputusan yang abnormal pada pesakit. Disebabkan aku perlu fokus untuk menyelit diantara kereta di plaza tol tersebut, aku endahkan saja. Tiba tiba hanis menjerit dari tingkap kecil yang menghubungkan kokpit ambulance (ruangan pemandu) dengan cabin di belakang. “Weiiii!!! Patient dah collapse! No pulse, No breathing!”. Aku melihat apa yang berlaku di cabin dari cermin tengah. Terus kepala menoleh ke belakang. Hanis sudah mula melakukan tekan dada. “Wei! Pecut ke hospital berdekatan! ” Aku dengan tangkas terus menukar nada siren yang agak tenang pada mulanya kepada bunyi yang lebih kuat menandakan kes yang dibawa betul betul dalam kecemasan. Baru sahaja kurang 10 minit kami bergerak dari klinik. Hanis menghubungi klinik memaklumkan pesakit telah collapse didalam ambulance. Laluan ditukar ke hospital berdekatan.

Ambulance terus memecut laju di lorong kecemasan. Aku hanya bertawakal disebabkan hujan yang mula lebat dengan jalan yang sangat sesak. Kereta tidak bergerak langsung! Ada juga yang tidak faham bahasa masih menggunakan laluan kecemasan. Horn dan beam light di beri tetapi masih tidak berganjak. Masih ramai yang berperangai sebegini. Sehinggakan aku terpaksa menggunakan pembesar suara untuk meminta laluan. “Beri Laluan! Beri Laluan! Kecemasan!! Mohon beri laluan!!” Kemudian barulah kereta kereta yang mementingkan diri berganjak masuk ke lorong tiga. Kerap aku menjengah ke bahagian belakang. Hanis mengajar dan meminta kawan pesakit itu untuk melakukan tekan dada. Sedang dia menyediakan Beg Valve Mask (BVM). CPR dilakukan secara bergilir-gilir.

Menurut hanis, sebelum pesakit tidak sedarkan diri, dia merentap topeng oksigen yang dipakai. Kemudian badan menjadi kaku dan terus lemah tidak sedarkan diri. Sementara bunyi abnormal monitor yang aku dengar tadi adalah ECG pesakit yang menunjukkan bacaan tidak normal. Seterusnya, Ambulance terus memecut laju dan samlai ke jabatan kecemasan hospiyal berdekatan kurang 20 minit selepas pesakit collapse. Setibanya di unit kecemasan, dr dan MA di janatan tersebut terlah bersedia di pintu rhesus (red zone/ zon kritikal). Mungkin pihak klinik telah memaklumkan kepada mereka bahawa laluan telah ditukar ke hospital tersebut berikutan pesakit tidak sedarkan diri secara tiba tiba di dalam ambulance.

CPR terus disambung oleh MA dan doktor. Aku menarik nafas lega kerana kami berjaya sampai dengan selamat. Aku memandang hanis. Pucat berpeluh mukanya. Kasihan sungguh. Proses resusitasi diteruskan 10 minit lagi. Namun, pesakit masih tiada tanda tanda untuk bernafas dan jantungnya berdegup dengan sendiri. Pesakit tidak dapat diselamatkan. Waktu kematian 7.56 minit malam. Di luar zon merah kelihatan seorang wanita lingkungan 30 an bersama 3 anak yang mungkin masih bersekolah menangis. Ahli keluarga pesakit itu mungkin. Hati rasa tersentuh. Terus aku mengemas peralatan dan membuat laporan. Berdasarkan rekod kesihatan pesakit, pesakit tiada maslah kesihatan melainkan kencing manis yang masih di peringkat awal. Tetapi, pesakit merupaka seorang PEROKOK TEGAR (1 hingga 2 kotak sehari). Mungkin penyebab utama kepada serangan jantung itu. Wallahua’lam.. Allah tahu apa yang terbaik untuk pesakit ini. Allah juga adalah sebaik baik perancang. Moga Arwah tenang dalam rahmat dan kasih sayangNya. Ameenn…

Pada ketika ini kes selesai dan kami bertolak pulang ke klinik pada pukul 9.15 minit malam. Waktu solat asar dan maghrib terlepas disebabkan kes kedua bersambung terus dengan kes ketiga. Jama’ sahaja. Moga Allah ampunkan kami. Moga Allah lihat dan moga Allah Redha.

Antara pengajaran yang aku dapat

1. Ingat lah orang yang tersayang. Kesedapan rokok hanya sementara. Badan yang menanggung kesannya. Dalam konteks ini, kasihan pada si isteri dan anak anak. Hilang tempat bergantung di usia muda. Ingat! Keluarga perlukan kita. Kalau tak sayang, jangan berkeluarga.

2. Kepada pemandu pemandu, mohon beri kerjasama sekiranya ada kenderaan kecemasan terutama ambulance. Kami takkan bawak laju. Tak kan buat bunyi bising kalau kes yang kami bawa tu stabil. Korang tak tahu apa yang berlaku sebenarnya di dalam ambulace tu. Antara HIDUP dan MATI. InshaAllah ada jyga ganjaran untuk korang sebab permudahkan urusan kami dalam menyelamatkan satu nyawa manusia. Kalau tidak pun cuba fikirkan pesakit yang kami bawa itu ahli keluarga korang.

3. Kematian itu boleh berlaku pada bila bila masa. Tempat dan bila tibanya, masih rahsia. Cuma perlu lebih peka dan bersedia. Kadang tidak diduga. Jangan lalai dan leka dengan dunia hingga kita lupa kematian itu ada.

Moga ada input untuk pembaca. Cuma kita kena sentiasa beringat. WHAT YOU GIVE, YOU WILL GET IT BACK. Hidup kita dikiaskan umpama roda. Kadang kita bernasib baik. Masa tu jangan terus mendongak ke langit. Kadang kita dibawah. Dan pada masa tu jangan ingat kita tak akan menyembah bumi.

Sumber:- Unsung Hero

 

P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

The post Lelaki Ini Kongsi Kisah PENGAKHIRAN Perokok Tegar Yang Bakal Buat Perokok TERKESIMA !!! appeared first on EKSIDENZ.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close