Selepas Setahun Dilepaskan Di Hutan, Singa Ini Bertemu Semula Dengan Tuannya. Apa Yang Terjadi Memang MENYAYAT HATI !!!

loading...

Selepas Setahun Dilepaskan Di Hutan, Singa Ini Bertemu Semula Dengan Tuannya. Apa Yang Terjadi Memang MENYAYAT HATI !!! | Pertemuan pertama mereka adalah di sebuah kedai kopi di London. Dua anak muda Australia, John Rendall dan Anthony ‘Ace’ Bourke telah berjumpa dengan ‘Christian’ pada lewat tahun 1969 di sebuah zoo di Harrods pada ketika itu.

 

Menurut Rendall seperti yang dilaporkan oleh BBC, dia terpegun melihat anak singa jantan yang terletak di tengah-tengah bahagian zoo tersebut.

“Dia mempunyai tarikan yang tersendiri. Dia tidak takut, mahupun resah. Dia seolah-olah tidak mempedulikan apa-apa pun. Sifatnya itu benar-benar menarik perhatian saya.”

Dua sekawan itu, yang baru sahaja tiba di London membuat keputusan serta-merta untuk membeli Christian.

Selepas meyakinkan staf di Harrods bahawa mereka merupakan tuan yang sesuai untuk membela Christian, mereka terus membayar sebanyak 3,500 pounds atau RM 19,300 jika dikira dengan nilai mata wang masa kini. Dengan itu, Christian menjadi milik mereka.

Menurut Rendall lagi, mereka yakin bahawa singa bukan haiwan bengis. Tidak seperti spesies kucing yang lain, singa hidup secara berkumpulan dan firasat berkomuniti.

“Sekiranya singa itu bersendirian, dia akan mencari kawan. Jika tiada singa lain berhampiran mereka, tidak mustahil untuk dia berkawan dengan manusia.”

Maka, ketiga-tiga mereka mula menjalin hubungan persahabatan. Christian tinggal bersama mereka di sebuah rumah flat di London di atas sebuah kedai perabot milik Rendall dan Bourke.

Mereka mula memerhatikan telatah Christian yang sangat bijak dan kompleks. Christian sentiasa memerhatikan orang lain dan pada asalnya mereka bimbang sekiranya dia menjadi ancaman kepada orang lain seperti kanak-kanak, pelanggan mereka atau jiran setempat.

Namun, situasi sebegitu tidak pernah terjadi dan mereka bangga melihat Christian sebagai haiwan yang sangat lembut.

Flat mereka yang terletak di King’s Road, atau pada ketika itu, berada di pusat ‘Swinging London’ yang terkenal pada lewat 60-an. Kejiranan mereka penuh dengan ahli muzik terkenal dan pereka fesyen selebriti.

Christian juga menjadi ibarat selebriti sepanjang dia tinggal di situ.

Selepas setahun, berat Christian semakin bertambah dan dia mula membesar dengan cepat. Sudah tiba masanya untuk dia tinggal di tempat yang lebih selamat selain daripada rumah flat itu.

George Adamson, seorang pakar dalam menganalisis sikap seekor singa, telah bersetuju untuk mencari rumah baru bagi Christian di Kenya.

Setahun selepas Christian dibebaskan di kawasan hutan di Kenya, Rendall dan Bourke telah membuat keputusan untuk melawat kawan lama mereka.

“Christian mulai mendekati kami. Gerak tubuhnya tidak menampakkan dia ingin menyerang tetapi seperti dia ingin tahu. Kami kemudiannya tidak dapat menahan lagi perasaan, dan mula memanggilnya.”

Haiwan yang besar itu mulai mendekati kedua lelaki itu dan anda boleh lihat di bawah, video pertemuan semula mereka bertiga.

Mereka kini mempercayai bahawa membeli haiwan eksotik hanya akan membawa kepada isu penyeludupan. Kata Rendall lagi, tiada sesiapa yang sepatutnya mencuba untuk membela seekor singa di dalam kawasan urban seperti mereka.

Walaupun berbahaya, Rendall kemudiannya sangat terkesan dengan masa yang telah diluangkan bersama Christian. Dia kini terlibat dengan aktif dalam usaha pemulihan dan turut bekerjasama dengan George Adamson Wildlife Preservation Trust.

Bagi Christian pula, dia berjaya untuk menyesuaikan diri dalam hidupan liar. Dia dikhabarkan menyeberangi sungai Tana River dan menghala ke arah utara.

Tidak mustahil mana-mana singa yang berkeliaran di kawasan padang Kenya merupakan waris Christian the Lion daripada London.

Lihatlah video pertemuan semula mereka di bawah yang bakal menyentuh hati anda.

Video:-

Sumber:- Era Baru

P.S. 1 – CCTV JPJ Rakam Imej Bungkusan Kain Kapan Dalam Kereta Warga Singapura Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – ANEH Suami Selalu Pulang Rumah Mak. Akhirnya Apa Yang Suami Buat Di Rumah Maknya TERBONGKAR !!!
P.S. 3 – Malam Pertama Saya Salin Pakaian Di Bilik Lain. Gara-Gara Ini Suami Buat Sesuatu Di LUAR JANGKA !!!
P.S. 4 – Suamiku Seorang Yang Amat Baik Tapi Disebabkan Satu SEBAB, Aku TERLANJUR Dengan Rakan Sekerja !!!
P.S. 5 – Seluruh Penduduk MURTAD. 30 Tahun Pakcik Ni TERPAKSA Solat Sendirian…. Allah Allah…

The post Selepas Setahun Dilepaskan Di Hutan, Singa Ini Bertemu Semula Dengan Tuannya. Apa Yang Terjadi Memang MENYAYAT HATI !!! appeared first on EKSIDENZ.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close