Uji Kualiti Sperma Dengan Telefon Pintar

loading...

Miami – Peranti baharu telefon pintar kini boleh menganalisis kualiti sperma lelaki.

Menurut penyelidik Amerika Syarikat, melaluinya golongan lelaki boleh mengetahui sama ada mereka berhadapan masalah kemandulan hanya dalam masa beberapa minit.

Masalah kemandulan menjejaskan lebih daripada 45 juta pasangan di seluruh dunia.

Lebih 40 peratus daripada masalah kesuburan adalah disebabkan oleh sperma berkualiti rendah.

Teknologi itu bertujuan memudahkan golongan lelaki untuk menguji sperma mereka di rumah.

“Kami mahu mencari jalan penyelesaian untuk membuat ujian kemandulan lelaki yang sederhana dan berpatutan,” kata penulis bersama Hadi Shafiee, seorang doktor di bahagian kejuruteraan dalam bidang perubatan di Hospital Wanita Brigham.

“Selama ini lelaki perlu menyediakan sampel air mani di hospital. Situasi in menyebabkan mereka sering mengalami tekanan, rasa malu dan kekecewaan,” katanya.

Bagaimanapun peranti ini tidak lagi tersedia untuk kegunaan orang ramai dan masih dalam peringkat prototaip.

Penyelidik merancang untuk melakukan ujian tambahan sebelum memfailkan untuk kelulusan unit Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA). – AFP

The post Uji Kualiti Sperma Dengan Telefon Pintar appeared first on The Coverage Edisi BM.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close