3 Bulan Turun 32 Kg, Lelaki Ini Buktikan Mampu Kacak Macam Mark Adam!

loading...

Viral apabila seorang lelaki, Muhammad Azizul Rahim Kamarudin, 25 tahun berkongsi tip untuk menguruskan badan apabila dia berjaya menurunkan berat badan daripada 96 kg kepada 60 kg.

 

Lelaki ini yang mengamalkan diet atkins selamat tiga bulan terkejut apabila wajahnya turut berubah selepas mengamalkan diet berkenaan sehingga orang sekelilingnya sudah tidak mengenali dirinya lagi.  Bahkan ada juga rakan-rakannya yang menyamakan wajahnya dengan penyanyi dan pelawak Mark Adam dan pemain bola sepak Malaysia, Safee Sali.

“Bila ramai kata macam tu saya fikir kenapa tak cuba buat posting perbandingan di Facebook, sajalah suka-suka dan tak sangka rakan di Facebook pun kata saya ada iras-iras Mark Adam, terutama bahagian mata.

“Ada juga yang kata muka saya ada sikit macam Safee Sali, saya pun apa lagi perasanlah sekejap…tapi saya anggap itu semua sebagai gurauan saja,”

Azizul memberitahu bahawa diet atkins dan pengambilan air dalam kuantiti yang banyak merupakan antara faktor kejayaan dirinya menguruskan badan.Satu entri Facebooknya tular apabila dia meletakkan ‘tong air’ di sisi katilnya sambil menasihatkan individu yang ingin diet supaya meminum minimum 2.5 liter air sehari. 

“Perkara pertama saya buat ketika nekad untuk diet adalah berbekam untuk buang toksin dan kekotoran dalam badan, kemudian saya amalkan minum air lemon.

“Selepas tiga bulan, hasilnya kulit muka saya lebih cerah, tak berminyak dan jerawat pun hilang. Kalau berpeluh pun muka hanya lembab tapi tak berminyak,”

Dia mula berdiet pada bulan Mei, sebulan sebelum puasa dan hasil yang dipratikkannya dilihat pada bulan ini.

“Saya minta untuk tak jumpa kekasih saya selama dua bulan. Baru-baru ini bila kami jumpa semula, dia terus keluar dari kereta kerana ingat tersalah masuk kereta lelaki lain, siap minta maaf dengan saya kerana ‘salah orang’.

“Pelanggan nasi lemak pun ingatkan mereka tersalah singgah gerai selepas sebulan saya cuti berniaga pada bulan puasa,”

Menurut Azizul, dia hanya mengambil makanan hariannya berdasarkan teknik masakan rebus dan panggang sahaja. Azizul sempat menasihati mana-mana individu yang mengalami masalah berat badan berlebihan supaya berazam untuk kurus dan perlu rajin melakukan kajian,percubaan menu supaya serasi dengan badan.

Sumber  FB Muhammad Azizul dan mStar Online

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close