Alhamdulillah, dah jumpa Nadyne

loading...

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Melati, hari ini, lapor Berita Harian. 

Nadyne Shazia Muhammad Syakir, 3, dilaporkan hilang dari rumahnya dipercayai keluar bersama pengasuhnya dari Kondominium Putravilla pada jam 10 pagi tadi, ketia kedua ibu bapanya sedang bekerja. 

Bagaimanapun, menurut bapanya, Muhammad Syakir, anak mereka telah ditemui dan dikembalikan ke pangkuan mereka. 

"Alhamdulillah, syukur kepada Allah dan kepada semua yang membantu saya dan isteri bersama dengan puteri kami semula," tulisnya di Facebook.


Dan difahamkan pasangan itu sedang menghantar pengasuh anak mereka ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, Nadyne dilaporkan hilang dari rumahnya dan perkara itu hanya disedari oleh ibunya, Nadzirah Mohamed apabila dia pulang ke rumah pada jam 7 malam tadi dan mendapati Nadyne dan pengasuhnya tiada di rumah. 

"Semasa saya sampai ke rumah, anak saya dan pengasuhnya tiada dalam rumah. Saya kemudian memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati pengasuh keluar bersama anak saya pada jam 10 pagi," katanya. 




Menurut Nadzirah, pengasuh yang bernama Nesvita Zefrinawati Tanjung, berasal dari Indonesia itu mula bekerja di rumahnya sejak bulan lalu selepas sambutan Aidilfitri.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close