'Ayah kata kalau aku lawan cakap dia, mesti ayah tengok surat yang aku beri 9 tahun lalu'

loading...

Rasa sebak dan sayu bila membaca luahan seorang anak mengenai kasih sayang yang dicurahkan oleh bapanya sejak dari kecil hinggalah kini. Segalanya bermula apabila berlaku salahfaham di antara dua beranak itu yang menyebabkan mereka tidak bertegur seharian. 

Namun, hati anak mana yang mampu menahan diri dari terus ego dengan bapanya, lalu mengambil keputusan untuk meminta maaf. Sebaik saja ucap maaf dilafazkan, si bapa pula menunjukkan surat yang pernah ditulis oleh anak perempuannya itu 9 tahun lalu. 

DUA hari lepas aku ada bergaduh sikit dengan ayah aku Semalam aku tak bercakap dengan ayah aku. Jadi, hari ini aku nak pergi kelas, aku kuatkan hati salam ayah aku. Aku peluk ayah, minta maaf. Ayah menangis. Tiba-tiba ayah tunjuk surat yang aku pernah tulis dulu semasa dia kena tukar kerja di Temerloh. 

Ayah cakap, kalau aku ada melawan cakap dia, mesti dia tengok surat yang aku tulis itu. Dia kata, dalam banyak-banyak anak dia, aku yang selalu tulis surat untuk dia. Aku yang paling manja dengan dia. Tetapi aku degil tak dengar cakap dia. Ayah siap tulis tarikh lagi bila aku tulis surat ini. 

Masa itu tahun 2009, aku darjah 5. Ayah simpan surat itu sampai sekarang. Masa kecil kalau aku mengadu apa-apa kepada ayah pun selalu tulis surat. Ayah baca, ayah senyum. Aku pergi mana-mana dengan dia, aku jalan sambil pimpin tangan dia. 



Bila dah besar ini, ayah cakap ayah sedih sebab tak ada lagi menerima surat daripada aku. Jalan pun dah jarang pimpin tangan dia. Masa kecik, Ayan banyak cakap dengan ayah. Sekarang dah kurang. Ayah, Ayan tahu ayah rindu semua itu kan? Ayan sayang ayah. 

Lagipun dalam adik beradik, hanya aku seorang yang panggil dia ayah. Yang lain panggil dia Abah. Aku panggil dia ayah sebab masa tadika, kawan-kawan panggil bapak diorang papa, daddy bagai. Aku mengada nak panggil ayah dan tiba-tiba melekat sampai sudah. 

Actualy gaduh aku itu, aku pergi menjawab apa yang ayah cakap. Bukannya bertumbuk. Masa first sem aku di poli, aku dapat hostel. Poli tak jauh pun dari rumah. Setiap petang mesti ayah WhatsApp dan call bertanya dah makan ke belum. Bila aku cakap dah, dia akan tanya malam nak makan apa? Aku cakaplah tak apa, nanti aku beli sendiri. Dia tetap datang hantar makanan. 

Kalau dia tak call pun, tiba-tiba dia WhatsApp, "Ayah sampai dah ni". Setiap petang lepas dia balik kerja, dia akan hantar makanan. Weekend je ayah ambil bawa balik. Masa tadika dulu pun hari-hari ayah hantar Ayan pergi tadika. Naik motor dengan ayah. 

Lepas tu bila aku kena marah dengan ibu, ayah mesti pujuk aku. Bila ibu marah je, aku selalu tulis surat kepada ayah bila "Jangan kawan ibu. Ibu marah Ayan. Kalau ayah kawan ibu, Ayan tak nak kawan ayah". Setiap kali aku bagi surat macam tu, ayah mesti ketawa kecil. 

Masa tadik ajuga, kalau tadika ada buat pertandingan apa-apa, mesti ayah teman. Ayah bawa aku pergi mewarna, menari bagai. Kalau ayah aku kalah je, aku menangis sebab tak dapat hadiah dan ayah mesti bawa aku pergi beli hadiah sebab dia tak nak aku sedih balik tanpa hadiah. 

Tahun ini birthday ayah, aku belikan ayah baju kerja. Aku letak dalam almari dia berserta surat "Selamat hari jadi yang ke-54. Semoga panjang umur. Ayan sayang ayah.".

Balik kerja, mungkin dia buka almari dia nampak baju itu dulu kot. Ayah WhatsApp aku biarpun satu rumah. Dia snap gambar pastu WhatsApp, "Ayan bagi ayah ke? Terima kasih.". Aku cakap tu je aku mampu bagi sebab aku tak tahu dia minat apa. Lepas tu aku tengok ayah selalu pakai baju aku bagi itu. 

Masa kecik dulu kalau ayah pergi kerja, then aku tidur masa tu. Bila aku bangun tidur, tengok ayah tak ada, aku menangis. Aku selalu tanya ibu, "Ibu, ayah cium tak Yan tadi sebelum pergi kerja?". IBu cakap ayah cium, tapi aku tetap menangis sebab rasa ibu tipu. 

Aku call ayah masa kecik. Aku menangis dan tanya, "Ayah, tadi ayah cium tak Ayan?". Ayah cakap ayah cium. Setiap kali aku aan tanya, bila ayah lupa cium, aku menangis. Aku call dia dan tanya, "Kenapa ayah tak cium Ayan?" Dia terpaksa cakap cium sedangkan ibu dah cakap ayah tak cium. 

Setiap kali ayah balik kerja je, ayah akan belikan Ayan lolipop. Ayah duduk bersila letak lolipop atas kepala. Ayah panggil Ayan selepas itu, Yan berlari sebab ayah belikan lolipop. Selepas itu Ayan mesti peluk  ayah di tengkuk dari belakang. 

Ayah, Yan perasan sampai besar setiap kali ayah nak pergi kerja, ayah akan kejutkan Yan. Ayah cakap ayah nak pergi kerja dah. Yan salam ayah, ayah cium pipi Yan kiri kanan dan dahi. Yan tahu ayah sayangkan Ayan. Ayah mesti rindu Yan manja dengan ayah kan? 

Ibu cikgu, jarang masak sebab sibuk. Kakak-kakak belajar. Seorang di Bangi, seorang di Puncak Alam. Abang dah kahwin, adik di asrama. Yan saja berada di rumah. Setiap kali balik kelas, Yan akan call ayah tanya nak makan apa sebab Yan nak beli. Ayah ckap tak apa, ayah tak nak. 

Tapi Yan tahu ayah mesti nak makan. Yan pergi pasar malam beli makanan kegemaran ayah iaitu Apam Balik. Kalau tak, Yan beli nasi kerabu. Ibu pun Yan belikan sebab Yan tahu dua-dua sibuk kerja, mesti petang lapar. Bila ayah balik, mesti ayah tanya "Yan beli ni untuk ayah?" 

Aku cakap ye, ayah terus cakap terima kasih dan dia makan. Kadang-kadang ayah tanya Yan nak ke tak? Lepas itu ayah suap Yan makan. Comelnya ayah. Ayah cakap Yan selalu ingat ayah bila nak beli makanan. Selalu beli untuk ayah dan ibu. 

Sumber: @Nurizyan98
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close