loading...
Pasangan terbabit adalah antara 15 pesalah lain yang juga menerima hukuman sama kerana didapati bersalah melakukan perkara yang melanggar undang-undang seperti menjual dan minum alkohol serta bermesra di khalayak ramai.
Kedua-dua lelaki yang dihukum sebat itu merupakan pasangan 'gay' kedua yang dijatuhi hukuman sebat di Aceh pada tahun ini. Proses hukuman yang dilaksanakan pada Jumaat lalu itu disaksikan kira-kira 1,000 orang termasuk pelancong dari Malaysia.
Aceh merupakan satu-satunya wilayah autonomi di Indonesia yang melaksanakan hukum hudud di bawah undang-undang syariah Indonesia. Pelaksanaan hukuman itu adalah sesuatu yang biasa dilaksanakan di Aceh bagi menjatuhkan hukuman kepada mereka yang ingkar dengan undang-undang dan peraturan Islam.
Aceh kini sedang mempertimbang dasar baharu bagi menghentikan cara hukuman sebegitu dan akan meneruskannya di dalam pusat tahanan.
Hukuman sebat di khalayak diperkenalan di Aceh pada 2005 dan mendapat sokongan ramai pihak di wilayah itu.
Pada April lalu, Gabenor Aceh, Irwandi Yusuf dilaporkan berkata, Aceh tidak akan menjalankan hukuman sebat di khalayak ramai atau membenarkan hukuman seumpama itu dirakam.
Langkah itu katanya, bagi mengelakkan proses hukuman itu dirakam dan disiarkan serta dimuat naik di Internet.
"Banduan sudah dihukum sekali, tetapi jika dirakam dan dimuat naik ke YouTube, beliau dihukum seumur hidup dengan imej itu," katanya yang juga mencadangkan hukuman itu dilaksanakan di tempat tertutup.
Bagaimanapun, segolongan penduduk Aceh membantah keputusan itu. Ini kerana kata mereka, sekiranya hukuman sebatan itu dibuat di tempat tertutup, kesan pengajarannya kepada umum kurang dirasai. - Astro Awani
Nota: Manusia (Jawi: ماءنسي) atau nama saintifiknya Homo sapiens. Secara biologi, manusia dikelaskan sebagai Homo sapiens (Bahasa Latin untuk manusia bijak), sebuah spesies primat dari golongan mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi.
0 comments:
Post a Comment